awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
20/05/2023
15:50 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 Mei 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 Mei 2023.
1. Ribut petir: Dinding rumah Flat Loke Yew tercabut
DBKL telah menutup kawasan runtuhan dinding berkenaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
2. Kanak-kanak melecur terkena bahan mudah terhakis di tabika
Mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu (HSNZKT) untuk rawatan lanjut.
3. APM tangkap anak buaya tembaga di Pantai PD
Anak buaya seberat 800 gram itu berjaya ditangkap dengan menggunakan peralatan-peralatan khas.
4. MMC: Kerajaan sokong media tempatan diberi kebebasan dalam laporan berita
Kerajaan Perpaduan menyokong usaha untuk menjadikan media tempatan bebas dalam membuat laporan berita menerusi penubuhan Majlis Media Malaysia (MMC).
5. PRN: PN kekal guna logo gabungan di empat negeri - Muhyiddin
Perikatan Nasional (PN) akan kekal menggunakan logo perikatan berkenaan di empat negeri pada Pilihan Raya negeri (PRN) akan datang, sama seperti ketika Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas.
6. Malaysia kutuk pencerobohan terbaharu di Masjid Al-Aqsa
Malaysia mengutuk pencerobohan terbaharu ke atas Masjid Al-Aqsa oleh Israel pada 18 Mei.
7. 'Alhamdulillah, Pak Lah sihat'
Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Tan Sri Prof Dr Nordin Kardi memaklumkan bahawa keadaan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi atau Pak Lah kini masih lagi sihat.
8. KPM tidak kompromi kes buli di sekolah
Kementerian Pendidikan (KPM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana kes buli dan akan meminta bantuan daripada pihak polis bagi menjalankan siasatan di sekolah yang didapati berlaku terdapat kegiatan gangsterisme.
9. PRN: BN, PH akan terus dapat sokongan pengundi - Ahmad Zahid
Kerajaan Perpaduan akan terus mendapat sokongan pengundi di Negeri Sembilan meskipun Perikatan Nasional (PN) mendakwa akan berlaku "tsunami" orang Melayu di negeri ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
10. Agong berkenan terima PhD Kepimpinan UIAM
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (PhD) dalam Kepemimpinan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Kerajaan Perpaduan
#Perikatan Nasional
#pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan