MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 Mei 2023.
Seorang pegawai SPRM dan ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah supaya anak bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak direman SPRM.
Ahli Parlimen Segambut itu berkata, dalam tempoh tersebut, berlaku tiga pertukaran Perdana Menteri dan menteri yang menyebabkan perubahan bajet, ahli lembaga pengarah, serta fokus.
Amar juga memohon semua yang mengenali bapanya agar mengampunkan segala dosanya.
Polis Johor memberi amaran keras kepada pihak yang menganjurkan pesta seks bebas "Gang Bang JB Party” agar acara itu tidak diteruskan dan dibatalkan.
RUU berkenaan diluluskan sebulat suara oleh 75 ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selepas bacaan kali ketiga.
Filem Tiger Stripes mencipta sejarah menjadi filem arahan anak Malaysia pertama merangkul anugerah utama pada Minggu Kritik Festival Filem Cannes.
Dengan linangan air mata, Che Tom turut berharap usaha mencari anaknya itu akan tetap diteruskan meskipun telah dimaklumkan misi tersebut bakal berakhir Ahad ini.
8. Kes cerai Puteri Sarah dan Syamsul Yusof tunggu keputusan JKP - Peguam
Sekiranya dapatan JKP mendapati perkahwinan berkenaan tidak dapat diselamatkan, proses Hakam akan diambil oleh anak guamnya.Isu kalimah Allah tidak seharusnya menjadi perkara yang dibahaskan secara terbuka, tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Adakah Arena Axiata "gelanggang berhantu" kepada pemain kegemaran peminat badminton negara, Lee Zii Jia?
Ini mungkin ada kebenarannya selepas jaguh perseorangan lelaki profesional negara itu sekali lagi tersingkir di peringkat awal di gelanggang itu selepas beliau tewas kepada wakil Taiwan Lin Chun-Yi, 19-21, 21-16, 15-21 pada pusingan kedua kejohanan Masters Malaysia di sini hari ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami