Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mei 29, 2023 15:51 MYT
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 Mei 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 Mei 2023.
1. Polis Evo 3 kutip RM16 juta selepas empat hari ditayangkan
Rekod yang dilakar Polis Evo 3 itu sekali gus menjadikan filem arahan Syafiq Yusof ini sebagai filem dengan kutipan paling tinggi pada minggu pembukaan selepas pandemik.
2. Reman lelaki bunuh, bakar teman wanita hamil disambung
Tempoh reman berakhir Isnin itu disambung kerana masih dalam siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
3. Petronas nafi spekulasi penggabungan Sapura Energy, MHB
Petronas menafikan spekulasi mengenai penggabungan antara Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd (MHB) dan Sapura Energy Bhd.
4. Keputusan peperiksaan SPM 2022 dikeluar 8 Jun
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2022 akan dikeluarkan pada 8 Jun 2023 (Khamis) ini.
5. Jabatan Peguam Negara perlu lebih masa teliti representasi kedua Mohd Irwan Serigar
Najib dan Mohd Irwan didakwa pada 2018 atas enam pertuduhan pecah amanah membabitkan harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC).
6. KJ saman Jamal Yunos, tuntut RM1 juta
Ia berhubung dakwaan bahawa parti itu mengimport perwakilan luar supaya tidak mengundi usul jawatan nombor satu dan dua, tidak dipertandingkan.
7. Kanak-kanak perempuan hilang dijumpai dalam keadaan lemah
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang dilaporkan hilang setelah keluar dari rumahnya di Taman Kuala Muda, Penaga, pada 26 Mei lepas, ditemukan selepas 24 jam dalam keadaan lemah.
8. Henti salahkan Hannah, MSN perlu bertanggungjawab - Hamidin
Datuk Hamidin Mohd Amin meminta semua pihak berhenti menyalahkan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh atas kegagalan Malaysia mencapai sasaran pada Sukan SEA 2023 di Kemboja baru-baru ini.
9. Pecah amanah: Identiti sembilan individu dalam Kesedar disalah guna
Identiti sembilan individu di dalam Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dikenal pasti telah disalah guna oleh suspek yang melakukan pecah amanah RM24.8 juta.
10. Perbincangan agihan kerusi PN dijangka 5 Jun ini
Perbincangan berkaitan agihan kerusi antara parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dijangka diadakan pada 5 Jun depan.
#Peguam Negara #Sijil Pelajaran Malaysia #Sapura Energy #Sukan SEA