awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak perempuan hilang dijumpai dalam keadaan lemah

Bernama
Bernama
29/05/2023
10:22 MYT
Kanak-kanak perempuan hilang dijumpai dalam keadaan lemah
Polis memaklumkan kanak-kanak itu ditemukan orang awam di kawasan semak Permatang Keriang, Penaga kira-kira 2km dari tempat mangsa dilaporkan hilang.- -Gambar hiasan
GEORGE TOWN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang dilaporkan hilang setelah keluar dari rumahnya di Taman Kuala Muda, Penaga, pada 26 Mei lepas, ditemukan selepas 24 jam dalam keadaan lemah.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin berkata orang awam telah menemukan kanak-kanak itu di kawasan semak Permatang Keriang, Penaga dalam jaraknya lebih kurang dua kilometer (km) dari tempat mangsa dilaporkan hilang.
"Kanak-kanak itu ditemukan dalam keadaan lemah pada hari berikutnya sekitar pukul 6 petang lalu dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk pemeriksaan lanjut.
"Hasil pemeriksaan terdapat kecedaraan patah rahang, luka di bahagian dagu dan belakang kepala, lebam di dada dan belakang badan serta patah dua batang gigi," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini hari ini.
Khaw berkata punca kecederaan kanak-kanak itu belum diketahui dan pihak polis masih menjalankan siasatan terperinci serta memohon orang awam yang mempunyai maklumat agar tampil membantu siasatan.
Kanak-kanak itu dilaporkan keluar dari rumahnya di Taman Kuala Muda, Penaga, pada sekitar 1 tengah hari Jumaat lalu dan didapati tidak pulang ke rumahnya selama 24 jam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Khaw Kok Chin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan