ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 11 Jun 2023.

1. 14,858 calon tak hadir duduki SPM, KPM teliti punca

Kementerian Pendidikan sedang meneliti faktor-faktor yang menyumbang kepada ketidakhadiran pelajar untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, kata Menterinya Fadhlina Sidek.


2. Takiyuddin sahkan Eizlan Yusof sertai Pas

Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan pelakon dan pengarah Datuk Seri Eizlan Yusof telah menyertai parti itu.


3. PM perlu terus terang isu sempadanan maritim dengan Indonesia - Muhyiddin

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu memberi penjelasan secara terbuka berhubung isu persempadanan yang dimeterai menerusi beberapa memorandum persefahaman bersama kerajaan Indonesia baru-baru ini.


4. Ibu kepada pelajar 11A meninggal dunia

Ibu kepada pelajar terbaik Sekolah Menengah Ugama Darul Iman, Beris Lalang, Muhammad Shahril Saidi, 18 tahun, yang memperoleh 11A dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2022 meninggal dunia pada Sabtu.


5. Janna Nick gagal tahan air mata lihat ibu dan bapa disatukan kembali

Janna menganggap kehadiran ibu bapanya yang disatukan kembali di majlis itu merupakan memori yang cukup indah dan tidak akan dilupakan dalam hidupnya.


6. Kekal guna silibus Sejarah sedia ada - Fadhlina

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, setiap silibus digunakan untuk pelajar dalam negara mengikut kitaran tempoh ditetapkan.


7. Kertas Putih Kesihatan: Caj RM1 masih kekal, KKM akan lihat secara menyeluruh

Skim pembiayaan kesihatan termasuk caj RM1 yang dikenakan di klinik kerajaan menjadi antara kandungan utama Kertas Putih Kesihatan dalam menambah baik sistem kesihatan negara.


8.  Ka Siong umum letak jawatan Pengerusi MCA Bahagian Johor Bahru

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong meletak jawatan sebagai Pengerusi MCA Bahagian Johor Bahru dan tidak akan bertanding untuk mempertahankannya dalam pemilihan parti kali ini.


9.  Tajaan JPA bidang perubatan, pergigian dan farmasi diteruskan - PM Anwar

Ujarnya, beliau telah mengadakan perjumpaan khas bersama JPA serta membincangkan isu berkenaan.


10. Mohon maaf: DAP sudah 'move on', akan bantu UMNO dalam PRN - Nga Kor Ming

Semua 19 parti yang berada dalam Kerajaan Perpaduan diminta untuk terus memberi fokus mengukuhkan kerjasama antara satu sama lain berbanding mengungkit sebarang kisah silam sesama sendiri.