MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 19 September 2023.
Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan khutbah solat Jumaat di Pusat Kebudayaan Islam New York (ICCNY), di New York, pada Jumaat ini.
Muhyiddin akan mohon tiga kes AMLA digugurkan
2. Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa bahawa pihaknya akan memfailkan permohonan untuk menggugurkan tiga kes pengubahan wang haram (AMLA) mencecah RM200 juta yang dihadapinya.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim membidas kenyataan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menggelar Kerajaan Perpaduan sebagai 'kerajaan NATO' (No Action Talk Only).
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
Pihak pendakwaan telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta membabitkan pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual Berhad.
6. Peruntukan pembangkang: "Kalau tak runding, tunggulah sampai bilapun, saya tidak luluskan!" - Anwar
Perdana Menteri mengingatkan wakil rakyat pembangkang supaya berunding dengan kerajaan sekiranya mahu peruntukan disalurkan kepada mereka.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan sebarang langkah rasionalisasi subsidi tidak akan membebankan rakyat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan campur tangan dalam keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pendakwaan jenayah.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi jaminan bahawa tiada kenaikan harga beras tempatan.
Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Mohd Radzi Md Jidin membuat hantaran di laman Facebooknya dipercayai berkaitan dengan kekecohan di Dewan Rakyat ketika penggulungan perbahasan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami