ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 September 2023.
1. Masyarakat perlu insaf, tahap kesihatan ekosistem sungai gambaran 'hati' - Sultan Perak
Baginda turut menyeru agar dirumuskan suatu kerangka baharu yang lebih segar, lebih teratur dan lebih berdaya maju, untuk menangani kelemahan pengurusan lembangan sungai.
2. Yang Dipertua Pas Langkawi dipilih jadi Speaker DUN Kedah
Zubir Ahmad dipilih menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang Ke-15 pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama DUN Ke-15
3. Tendang pengadil: Selangor FC mungkin terlepas khidmat Yazan
Yazan Al-Arab dijangka berdepan hukuman berat selepas dengan sengaja menendang pengadil perlawanan Mohd Hasrol Mohd Amir.
4. 'SPRM hanya tanya empat soalan saja, saya bukan orang jahat' - Sanusi
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan sudah memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan isu kecurian unsur nadir bumi (REE) di Bukit Enggang, Sik.
5. Van bawa tiga pelumba LTdL 2023 terbabas
Sebuah van dipercayai membawa tiga pelumba Giant Cycling Team terbabas ketika dalam laluan Peringkat 3 Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 dari Jeli, Kelantan ke Baling, Kedah pagi tadi.
6. Engku Emran, Noor Nabila sah cerai talak satu
Kakak kepada selebriti terkenal, Neelofa Mohd Noor, Noor Nabila sah bercerai talak satu dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Isnin.
7. Anis Rizana, wanita pertama dilantik sebagai Ketua Pengarah Kastam
Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin@Mohd Zainuddin melakar sejarah menjadi wanita pertama dilantik sebagai Ketua Pengarah Kastam yang berkuat kuasa hari ini.
8. KKM sedia hadapi ancaman penyakit X
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersedia menghadapi segala kemungkinan yang berlaku pada masa depan berhubung pandemik baharu termasuk ancaman penyakit X dalam negara.
9. Kes Sulu: Malaysia dalam proses batalkan award akhir US$14.9 bilion - Azalina
Malaysia kini dalam proses membatalkan award akhir US$14.9 bilion (RM62.59 bilion) yang diberikan oleh penimbang tara Sepanyol Dr Gonzalo Stampa dalam kes yang dibawa oleh individu mendakwa sebagai waris Sultan Sulu.
10. Lebih RM302.4 juta bayaran saman dikutip dalam tempoh lapan bulan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan kutipan kompaun berjumlah RM302,433,000 dalam tempoh Januari hingga Ogos lepas melibatkan 1,913,840 saman.
Astro Awani
Mon Sep 25 2023

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 September 2023.

'Kami perlu berhati-hati beri sebarang kenyataan' - KLN
Kementerian Luar Negeri perlu berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan kerana melibatkan hubungan antara negara.

Anak bekas ketua tentera Israel terbunuh dalam serangan zionis di Gaza
Gal Meir Eisenkot dilaporkan terbunuh dalam letupan di sebuah terowong berdekatan dengan kem pelarian Jabalia di utara Gaza.
Setahun Kerajaan Madani: Platform rakyat saksikan inisiatif, pencapaian kerajaan
Program Setahun Bersama Kerajaan Madani yang akan membuka tirai di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini akan menjadi platform terbaik bagi rakyat Malaysia untuk melihat sendiri kad laporan kerajaan bagi tempoh setahun.
Mangsa terjejas di Kelantan semakin menurun
Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas disebabkan gelombang banjir ketika ini. Jumlah mangsa banjir setakat 6 pagi Jumaat mencatatkan penurunan kepada 1,495 orang berbanding lebih 2,000 sebelumnya.
Negara Arab, Islam tuntut gencatan senjata
Negara-negara Arab dan Islam menyeru untuk mengundi draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (UNSC) yang menuntut gencatan senjata kemanusiaan di Gaza, pada Jumaat.

Raja Muda: Rakyat 'duta' Tahun Melawat Perlis 2024-205
Tuanku Syed Faizuddin bertitah, layanan baik harus diberikan kepada pelancong yang akan melawat Perlis.
Lintasan Karem Abu Salem dijangka dibuka tidak lama lagi - PBB
Persimpangan Karem Abu Salem yang terletak antara Israe dan Gaza dijangka akan dibuka tidak lama lagi bagi membolehkan lebih banyak bantuan kemanusiaan dihantar ke wilayah Palestin.
Situasi di Gaza pembunuhan besar-besaran
Presiden Iran, Ebrahim Raisi, dalam pertemuannya dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, mengutuk situasi di Gaza sebagai pembunuhan besar-besaran.
Angka korban di Gaza cecah 17,000
Pencerobohan Israel di Gaza menyebabkan ratusan lagi rakyat Palestin terbunuh menjadikan angka korban kini melebihi 17 ribu orang, pada Khamis.
Tiada persetujuan Israel-Hamas mengenai jeda kemanusiaan
White House menyatakan ketiadaan potensi perjanjian jeda kemanusiaan antara Israel dan Hamas dalam masa terdekat, sementara kumpulan tujuh negara terus mendesak bantuan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 5 Disember 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 30 November 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 26 November 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 25 November 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 November 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 22 November 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.