Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 5 Oktober 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 5 Oktober 2023.
Penganjuran Pameran dan Persidangan Teknologi Hijau serta Produk Eko Antarabangsa Malaysia (IGEM) 2023 dilihat tepat pada masanya.
Wanita tersebut memperincikan menu yang telah dipesan oleh Ekin untuk 20 orang makan, termasuk pecahan harga bagi setiap lauk yang dipesan selain dua ekor ikan.
Biarpun ciri-ciri penyakit X masih belum dikenal pasti dan waktu berlakunya penyakit tersebut belum diketahui, pakar kesihatan telah menyuarakan kebimbangan terhadap impaknya.
4. Mahkamah tolak permohonan kebenaran merayu Najib untuk ketepi injunksi diperoleh SRC International
Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran merayu bagi mengetepikan perintah injunksi Mareva diperoleh SRC International Sdn Bhd dan satu anak syarikatnya yang menghalang bekas perdana menteri itu daripada memindahkan atau melupuskan mana-mana asetnya berjumlah RM42 juta.
Filem cereka tempatan berjudul 'Tiger Stripes' dipilih secara rasmi mewakili Malaysia bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa Terbaik di Anugerah Akademi ke-96 (Oscars) pada Mac 2024.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan dakwaan bahawa jururawat di negara ini akan disuntik dengan vaksin Virus X, yang diramal menjadi satu ancaman pandemik baharu oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Kerajaan Selangor bersetuju untuk nyah rahsia laporan penuh kejadian insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali, yang berlaku pada Disember tahun lalu.
Semua permohonan kemasukan ke 1,334 institusi Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di seluruh negara akan dibuat melalui satu saluran sahaja mulai 30 Oktober ini, iaitu portal Unit Pengambilan TVET (UP_TVET).
Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amizar Abu Adam berkata sesiapa pun boleh datang untuk berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, tetapi jangan menyebarkan fitnah.
Pecutan akhir kempen Perikatan Nasional (PN) akan dibantu dengan kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

