ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 19 Oktober 2023.


1. Penyelia dewan makan Maktab Mahmud maut kemalangan kereta putus dua

Seorang wanita maut selepas kereta Proton Iswara yang dipandunya terputus dua selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux di Jalan Kampung Bukit Pak Kuning, Kuala Ketil, pada Rabu.



2. AP kenderaan CBU masih lagi relevan - Tengku Zafrul

Pelaksanaan sistem permit import (AP) ke atas kenderaan import sepenuhnya (CBU) masih lagi relevan dan perlu dikekalkan.


3.  Premis makanan kotor? Tunggu kami datang... - DBKL

Kebanyakan pemilik premis makanan masih mengambil sikap sambil lewa mengenai soal kebersihan.


4. Kerajaan Perpaduan akan terus pertahan kebebasan badan kehakiman - PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi jaminan bahawa Kerajaan Perpaduan akan terus mempertahankan kebebasan badan kehakiman negara walau apa jua pun.


5. "Tak dengar sepatah pun gaji progresif dalam Belanjawan 2024" - Radzi

Datuk Radzi Md Jidin hari ini mempersoalkan cadangan pelaksanaan gaji progresif yang tidak pun diumumkan dalam Belanjawan 2024, walaupun sebelum ini pendekatan tersebut kerap kali diuar-uarkan.


6. Pelaksanaan apung harga ayam, telur diumum 30 Oktober

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, setakat ini, perincian apungan harga barangan keperluan itu sedang dibincangkan.


7. Polis pantau tujuh kumpulan ajaran sesat aktif di Malaysia - Razarudin

Polis sedang memantau tujuh kumpulan ajaran sesat yang masih aktif, dipercayai boleh mendatangkan ancaman keselamatan dan menggugat ketenteraman awam negara.


8. Astro AWANI menang emas Anugerah DMA 2023 kategori 'Best in Audience Engagement'

Astro AWANI sekali lagi menguasai pentas Asia apabila inisiatif kandungan editorial merentas platform diiktiraf antara yang terbaik bagi kategori 'Best in Audience Engagement' Digital Media Asia Awards 2023.


9. Terbuka Denmark: Aaron-Wooi Yik mara ke suku akhir

Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menepati ramalan apabila mara ke suku akhir selepas menundukkan pasangan Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan di pusingan kedua Terbuka Denmark 2023 di Odense hari ini.


10. Malaysia gesa konflik di Gaza, rampasan hak dan tanah rakyat Palestin dihentikan segera - Zambry

Malaysia menggesa konflik Palestin-Israel di Gaza serta tindakan menyahkan hak dan tanah rakyat Palestin dihentikan pada kadar segera.