ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 8 November 2023.
1. Najib-Muhyiddin bergabung, cadangan syok sendiri - Puad
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi menyifatkan cadangan supaya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin bergabung semula sebagai syok sendiri.
2. Dakwa hubungan keluarga dengan Chin Peng, Kuan Yew, Guan Eng beri 2 hari kepada Siti Mastura tunjuk bukti
Pengerusi DAP, Lim Guan Eng memberikan tempoh sehingga Khamis ini kepada Dr Siti Mastura Muhammad untuk mengemukakan bukti bahawa beliau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pemimpin komunis, Chin Peng dan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.
3. Polis siasat insiden peniaga Pasar Siti Khadijah gaduh berebut pelanggan
Polis akan menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden pergaduhan melibatkan beberapa lelaki dan wanita dipercayai bergaduh kerana berebut pelanggan di kawasan gerai makan laman Pasar Siti Khadijah dekat pada Isnin.
4. 2 lelaki didakwa pecah masuk kasino Genting Highlands curi cip RM4.6 juta
Dua lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memecah masuk sebuah bilik kasino di Genting Highlands dan mencuri 1,160 cip bernilai RM4.6 juta milik Genting Highlands Berhad, bulan lepas.
5. Siasatan 1MDB: Roger Ng beri kerjasama, PDRM kesan aset luar negara - Ayob Khan
Bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa yang ditahan berhubung skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) memberi kerjasama baik terhadap siasatan polis.
6. Pekerja kebun mengaku bersalah rogol, amang seksual 3 anak sejak kecil
Seorang pekerja kebun didakwa atas 34 pertuduhan merogol dan amang seksual fizikal terhadap tiga anak kandungnya yang kini berusia 12, 17 dan 18 tahun sejak mereka berusia enam tahun.
7. Ahli Parlimen Jeli pula nyatakan sokongan kepada kepimpinan PM Anwar
Zahari Kechik berkata sokongan tersebut berkuat kuasa hari ini, selepas meneliti, memperhalusi dan mempertimbangkan tentang permasalahan yang dihadapi oleh rakyat.
8. PDRM kumpul maklumat dakwaan ejen Mossad dalam negara - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, isu keselamatan dan ketenteraman adalah di bawah tugas PDRM yang tidak akan diabaikan.
9. Potongan cukai sehingga RM300,000 bagi syarikat pengeluar EV - PM Anwar
Kerajaan menawarkan potongan cukai sehingga RM300,000 bagi syarikat pengeluar kenderaan elektrik (EV) bukan komersial yang akan dibuat sehingga Disember 2025.
10. PDRM sedia hantar pasukan sertai misi pengaman ke Palestin - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia untuk menghantar anggotanya ke Palestin untuk menyertai misi pengaman sekiranya ada permintaan berbuat demikian.
Astro Awani
Wed Nov 08 2023
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 8 November 2023.
AWANI Tonight: PM launches National AI Office
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim launches the national artificial intelligence office today, with the aim to position Malaysia as a regional AI hub.
AWANI Tonight: Australia to charge tech companies for news content
Australia is set to introduce new rules that will penalise big tech companies if they don't compensate Australian media outlets for news content on their platforms.
Lebih RM75.9 juta kerugian akibat penipuan dalam talian dilaporkan di Melaka
Lebih RM75.9 juta kerugian dilaporkan akibat penipuan dalam talian di Melaka, membabitkan 1,845 kes setakat 10 Dis lalu.
Usul bahas laporan RCI Batu Puteh bukan untuk dakwa mana-mana pihak - Azalina
Perbahasan laporan RCI bagi membolehkan kerajaan mengambil cadangan serta keputusan untuk memperbaiki kelemahan berkaitan kes berkenaan.
Kastam gagalkan penyeludupan dadah lebih setengah juta ringgit
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan menyeludup dadah selepas merampas 233.14 kilogram (kg) daun khat, kanabis, dan methamphetamine dianggarkan bernilai RM546,708.
Pertumbuhan industri tenaga bersih dijangka kurangkan tumpuan kuasa besar ke atas Syria - Pakar
Penganalisis Geopolitik dan Hubungan Antarabangsa, Dr. Zokhri Idris berkata pertumbuhan industri kenderaan elektrik (EV) dan tenaga bersih dijangka akan mengurangkan campur tangan kuasa-kuasa besar di Asia Barat secara umum dan Syria khasnya. Jelasnya, kebergantungan yang semakin menurun terhadap sumber petroleum dan gas asli akan menjurus kuasa-kuasa besar untuk memberi tumpuan kepada persaingan teknologi. #DialogTigaPenjuru
HTS perlu perkenalkan identiti bangsa, menggantikan Baathisme - Pakar
Presiden International Movement for a Just World (JUST), Dr. Chandra Muzaffar berkata kerajaan baharu Syria pimpinan Hayat Tahrir al-Sham (HTS) perlu mencapai kata sepakat mengenai identiti dan ideologi baharu bangsa itu. Jelasnya, aliran Baathisme yang di bawa oleh rejim Assad yang berakar di Syria jelas mempunyai kelemahan tersendiri. #DialogTigaPenjuru
Bantuan disalur menerusi Sarawak Pay, bukan tunai
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan melalui akaun Sarawak Pay sebagai langkah membantu golongan sasaran mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan. #AWANInews
Kes Wan Saiful: Lebih RM900,000 dimasukkan ke akaun bank tiga syarikat
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu wang berjumlah RM976,380 dimasukkan ke dalam akaun bank tiga syarikat menerusi lima transaksi, dua tahun lepas.
Kerajaan baharu Syria perlu selesaikan isu pelarian dalaman - Pakar
Profesor Pengajian Keselamatan dan Strategik Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof. Dr. Mizan Mohammad Aslam berkata isu 6.9 juta pelarian dalaman perlu diberikan tumpuan oleh kerajaan baharu Syria. Jelasnya, ini merupakan antara cabaran besar yang bakal menguji keupayaan kerajaan baharu pimpinan Hayat Tahrir al-Sham (HTS). #DialogTigaPenjuru
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 8 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 6 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 2 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 1 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 30 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 20 November 2024.