Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Disember 6, 2023 15:48 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 6 Disember 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 6 Disember 2023.
1. Malaysia tolak keganasan dalam konflik bersenjata - Agong
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah Malaysia menolak segala bentuk keganasan dalam konflik bersenjata yang berlaku ketika ini.
2. eMADANI: 6.5 juta permohonan lulus, RM650 juta telah dikreditkan
Sebanyak 6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan dan dikreditkan kepada penerima membabitkan peruntukan sebanyak RM650 juta setakat ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.
3. Solidariti Palestin: Bantuan Kemanusiaan ke Gaza siri ketiga berlepas 13 Disember - Zahid
Kementerian Luar akan menerbangkan barangan bantuan kemanusiaan siri ketiga kepada penduduk Palestin di Gaza pada 13 Disember ini.
4. Pas mahu bekerjasama dengan UMNO? Usah mimpi siang hari - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kenyataan Pas tidak menolak akan kembali bekerjasama dengan UMNO menerusi Perikatan Nasional (PN) sebagai mimpi di siang hari.
5. Harga petrol, diesel kekal hingga 13 Dis
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel tidak berubah masing-masing pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 7 hingga 13 Dis.
6. Prestasi pelaburan Malaysia lebih baik - Tengku Zafrul
Jumlah pelaburan yang diluluskan di Malaysia untuk tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, iaitu sebanyak RM235 bilion, lebih tinggi daripada purata pelaburan yang diluluskan bagi tempoh sama untuk 10 tahun lepas.
7. Tiga pendekatan baharu diperkenal dalam kurikulum persekolahan 2027
Tiga pendekatan baharu akan diperkenalkan dalam kurikulum persekolahan 2027 melibatkan pendidikan karakter, penekanan literasi dan numerasi serta kelas pembelajaran bersepadu.
8. UMNO akan perkukuh, pertahan Kerajaan Perpaduan - MKT UMNO
Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menegaskan bahawa parti itu akan terus memperkukuhkan dan mempertahankan Kerajaan Perpaduan.
9. Berbaki kurang 4 peratus untuk Malaysia capai sasaran liputan 5G - Fahmi
Rangkaian 5G di kawasan berpenduduk di Malaysia telah mencapai 76.1 peratus setakat 30 Nov lepas, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
10. Polis tahan lelaki keluar kenyataan sokong hubungan diplomatik dengan Israel
Polis mengesahkan penahanan seorang lelaki berumur 36 tahun bagi membantu siasatan berhubung kenyataan individu itu yang disyaki menyokong supaya Malaysia mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.
#berita tempatan #hubungan diplomatik #liputan 5G #Kerajaan Perpaduan