ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 Januari 2024.


1. 31,600 jemaah terima surat tawaran, TH biaya kos RM350.1 juta

Bakal haji yang mendapat surat tawaran perlu menjawab surat tawaran tersebut dalam tempoh 11 hari bekerja.



2. Najib boleh mohon dibebaskan September depan - Hakim

Perbicaraan kes AMLA yang dihadapi Najib akan bermula pada 17, 18,19, 23 dan 24 September.


3. Kerugian 3 syarikat cetus kesan domino, RM7.1 bilion permodalan saham lenyap

Ketiga-tiga saham syarikat tersebut telah kehilangan gabungan permodalan pasaran RM5.14 bilion sejak awal tahun ini.


4. Akta Parlimen Berpenggal tidak mudah untuk dilaksanakan - Wan Junaidi

Cadangan mewujudkan Akta Parlimen Berpenggal tidak mudah untuk dilaksanakan walaupun ia dilihat sebagai salah satu langkah yang boleh mengembalikan kestabilan politik di negara ini.


5. Sesi persekolahan 2024/25: 'Dua hari pakai seragam, dua hari baju sukan' - Fadhlina

Mulai sesi persekolahan 2024/2025, pelajar di semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) hanya perlu memakai seragam dua hari seminggu.


6. Kerajaan dijangka putuskan mekanisme subsidi bersasar minggu depan - Rafizi

Kerajaan dijangka membuat keputusan pada minggu depan mengenai mekanisme subsidi bersasar termasuk kaedah dan jumlah bantuan yang akan disalurkan kepada individu yang layak.


7. Rangka tak sempurna dalam rumah terbengkalai dipercayai Bella

Penemuan rangka manusia termasuk tengkorak dalam sebuah rumah terbengkalai di Kampung Batu 7, Tongkang Pecah di sini dijangka dapat merungkai kehilangan ibu tunggal, Mila Sharmila Samsusah, 32, atau Bella.


8. Daftar Pemilih Tambahan Disember 2023 dibuka untuk semakan

Daftar Pemilih Tambahan Bulan Disember Tahun 2023 (DPT BLN12/2023) yang telah diperaku dan diwartakan hari ini, kini dibuka untuk semakan selama 30 hari hingga 17 Feb depan.


9. Pegawai NADMA, SMART dihantar ke luar negara jalani latihan pengurusan bencana - TPM Zahid

Pegawai dan anggota Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) akan dihantar menjalani latihan di luar negara bagi mendapat pendedahan berkaitan pengurusan bencana.


10. Kerajaan beri bantuan RM1,000 untuk jemaah haji Muassasah golongan B40

Kerajaan bersetuju untuk memberikan tambahan Bantuan Kewangan Haji Secara Bersasar berjumlah RM1,000 seorang kepada jemaah haji Muassasah golongan B40.