ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 7 Februari 2024.
1. Tahun Baharu Cina: Tol percuma bagi kenderaan persendirian pada 8, 9 Feb
Pengguna lebuh raya membabitkan kenderaan persendirian (Kelas 1) diberi kemudahan tol percuma selama dua hari bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina.
2. Peniaga ditahan cabul kehormatan 6 kanak-kanak lelaki
Polis Melaka menahan seorang peniaga warung di Jasin selepas disyaki menjadikan enam kanak-kanak lelaki sebagai pemuas nafsu songsangnya dengan mencabul kehormatan mereka sejak September tahun lalu.
3. Dakwaan Taib Mahmud dilarikan tidak benar - Ketua Polis Negara
Dakwaan bahawa bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dilarikan adalah tidak benar, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
4. Tiada puasa sunat khusus Israk dan Mikraj, berikut perinciannya
Selepas Maghrib hari ini, masuknya tanggal 27 Rejab yang menyaksikan satu lagi peristiwa penting dalam kalendar Islam iaitu Israk dan Mikraj.
5. 'Video podcast 'Hot Daddy' mungkin tidak dimuat naik atau telah diturunkan' - Fahmi
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, berdasarkan dapatan awal, berkemungkinan video tersebut tidak dimuat naik atau sudah diturunkan oleh platform terbabit.
6. Insiden kepala air: Wanita maut, 3 kanak-kanak dikhuatiri hilang di Bidor
Seorang wanita maut manakala tiga lagi kanak-kanak dikhuatiri hilang dalam insiden kepala air ketika mereka berkelah di Sungai Kampung Poh, di Bidor pada Rabu.
7. Fitnah Sultanah Terengganu: Rewcastle-Brown dipenjara dua tahun
Mahkamah Majistret di sini menjatuhi hukuman penjara selama dua tahun terhadap Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown atas dakwaan memfitnah Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.
8. Anggota polis terima sampul berisi wang semasa bertugas satu kesalahan - KPN
Mana-mana pegawai atau anggota polis yang menerima sampul berisi wang atau angpau semasa waktu bekerja merupakan satu kesalahan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
9. Pelajar dirogol bapa kandung hingga melahirkan anak
Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, suspek berusia 38 tahun ditahan di tepi jalan Kampung Kelemak, Alor Gajah pada jam 12 tengah malam.
10. Tragedi kepala air Kampung Poh: Seorang lagi ditemui, tiga kanak-kanak masih hilang
Wanita yang ditemukan lemas dalam tragedi kepala air ketika perkelahan enam sekeluarga dan seorang pengasuh di Sungai Kenjur, Kampung Poh di sini petang tadi dikenali sebagai Aszura Bani, 37, dari Kampung Cegar, Bidor.
Astro Awani
Wed Feb 07 2024
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 7 Februari 2024.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 23 April 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 22 April 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 21 April 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 April 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 April 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 18 April 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 17 April 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 16 April 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 15 April 2024.