NATIONAL
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 2 Mac 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 2 Mac 2024.
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin yang sedang menunggu bantuan di Gaza, mengakibatkan kehilangan lebih 100 nyawa dan menyebabkan kira-kira 700 yang lain cedera pada Khamis.
Yusuf Islam, pemuzik dari Britain yang dahulunya dikenali sebagai Cat Stevens, merancang untuk menubuhkan sebuah pertubuhan amal, Peace Train di Malaysia, tidak lama lagi.
Telekom Malaysia Bhd (TM) mengumumkan hanya beberapa perkhidmatan di bawah jenama Unifi terlibat dengan kenaikan kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kepada lapan peratus.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berpendapat tidak sesuai untuk berhujah bahawa Kanun Jenayah Syariah gagal membendung kes jenayah berkenaan di negeri ini.
5. Bersatu pinda perlembagaan, mahu enam MP kosongkan kerusi untuk PRK
5. Bersatu pinda perlembagaan, mahu enam MP kosongkan kerusi untuk PRK
perlembagaan Bersatu ketika ini hanya membolehkan kepimpinan parti menggantung enam Ahli Parlimen tersebut, tanpa memberi kesan kepada kerusi Parlimen mereka.
6. Kerajaan peruntuk dana RM1 bilion lahir generasi baharu usahawan Bumiputera - PM Anwar
6. Kerajaan peruntuk dana RM1 bilion lahir generasi baharu usahawan Bumiputera - PM Anwar
Beliau berkata dana tersebut bertepatan dengan hasrat dan syor yang dihujahkan semasa Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) yang berlangsung selama tiga hari bermula 29 Feb.
Seramai 137,520 peminjam Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional mempunyai tunggakan hutang melebihi enam bulan berjumlah lebih RM1.1 bilion, kata Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ramanan Ramakrishnan.
Majlis Belia Malaysia (MBM) mengulangi pendirian untuk terus bersolidariti bersama rakyat Palestin.
Golongan pertengahan Bumiputera digesa agar mengubah peranan mereka daripada sebagai penambah nilai kepada pencipta nilai bagi membantu meningkatkan ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang meraih pingat gangsa acara keirin di Kejohanan Kebangsaan Trek Berbasikal Australia 2024 di Velodrom Anna Meares Brisbane, Australia hari ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami