MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 13 Mac 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 13 Mac 2024.
Dakwaan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) digodam dan diceroboh datanya oleh kumpulan penggodam antarabangsa adalah tidak benar dan sengaja menakutkan rakyat.
Seorang ibu yang mengaku menganiaya anak lelakinya berusia setahun empat bulan, dengan memberi susu bercampur air mengandungi dadah berbahaya jenis 'methamphetamine' di Mahkamah Sesyen dua minggu lalu, menukar pengakuan kepada tidak bersalah, pada Rabu.
Kerajaan tidak bercadang untuk mengangkat Kampong Bharu sebagai tapak warisan Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Peguam yang mewakili Bella, Azmi Mohd. Rais memaklumkan aktres itu telah memfailkan perceraian terhadap aktor tersebut pada Isnin.
5. Berat pesawat terhempas di Klang melebihi had maksimum berlepas - BSKU
5. Berat pesawat terhempas di Klang melebihi had maksimum berlepas - BSKU
Pesawat yang terhempas di Kapar, Klang pada 13 Februari lalu, didapati mempunyai berat melebihi had berat maksimum ketika berlepas.
6. Kantin dibuka: Saya tak mahu anak bukan Islam makan dalam stor - Fadhlina
6. Kantin dibuka: Saya tak mahu anak bukan Islam makan dalam stor - Fadhlina
Kementerian Pendidikan menegaskan arahan pembukaan kantin sekolah sepanjang Ramadan termaktub dalam Pekeliling Pengurusan Kantin Sekolah, yang mana ia perlu dibuka sepanjang sekolah beroperasi.
Keputusan sama ada Malaysia akan menganjurkan Sukan Komanwel 2026 atau tidak, dijangka dibawa untuk perbincangan di Kabinet pada minggu depan, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap berjaga-jaga di lapan kawasan utara Semenanjung Malaysia.
Mekanisme suis pemati (kill switch) bagi persembahan konsert hanya akan digunakan dalam keadaan yang amat perlu atau benar-benar mendesak sahaja, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang telah merangka draf kerja bagi Rang Undang-Undang Keselamatan Digital 2023, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami