ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 14 April 2024.

1. Tembakan di KLIA: Suspek miliki tiga rekod jenayah lampau - Pengarah JSJ

Suspek mempunyai dua rekod lampau kerana ugutan dan satu lagi rekod kerana mencuri dan menyamar sebagai penjawat awam.


2. Hina Agong: 26 bahagian Pemuda UMNO Johor akan buat laporan polis

Sejumlah 26 Pemuda UMNO Bahagian di Johor akan bertindak membuat laporan tersebut bermula Ahad.

 
3. Kampung Datu Lama akan dibangun semula - Abang Johari

Kerajaan negeri mahu bangunkan semula Kampung Datu Lama dan mengekalkan apa yang ada tetapi mesti ada pembaharuan.


4. Konflik Iran-Israel: Persiapan musim haji 2024 diteruskan setakat ini - Mohd Na'im

Tabung Haji (TH) setakat ini masih meneruskan persiapan bagi musim Haji 2024 seperti yang dirancang susulan ketegangan yang memuncak di Asia Barat, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.


5. Situasi di Asia Barat: Malaysia bertindak bijaksana perkukuh ekonomi, kewangan

Kerajaan akan bertindak dengan bijaksana bagi memperkukuh kestabilan ekonomi dan kewangan negara susulan situasi terkini di rantau Asia Barat.


6. Cuaca panas: KKM rekod 45 kes penyakit berkaitan haba setakat semalam

Sebanyak 45 kes penyakit berkaitan haba dilaporkan di seluruh negara setakat semalam melibatkan 33 kes kelesuan haba, 11 kes strok haba dan satu kes kejang haba.


7. Tembakan di KLIA: Foto suspek diedar ke pintu masuk negara, pihak berkuasa negara jiran

Polis telah mengedarkan foto suspek yang terlibat dalam kejadian tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 awal pagi tadi ke semua pintu masuk negara di utara tanah air dan pihak berkuasa negara jiran.


8. Kerajaan tidak pinggir kebajikan kaum India - PM Anwar

Kerajaan Perpaduan tidak pernah meminggirkan kebajikan kaum India, malah pelbagai program telah dirangka bagi membantu memajukan komuniti itu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.


9. Kejohanan Badminton Asia: Sze Fei-Nur Izzuddin pamer semangat juang tinggi sebelum muncul naib juara

BEREGU lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, mempamerkan semangat juang tinggi sebelum tewas kepada gandingan pilihan ketiga dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang, dalam final Kejohanan Badminton Asia di Ningbo sebentar tadi.


10. Konflik Iran-Israel: Rakyat Malaysia dinasihat susun perancangan perjalanan - Wisma Putra

Wisma Putra sedang memantau dengan teliti perkembangan di Asia Barat berikutan ketegangan antara Iran dan Israel.