awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
PM Anwar mahu pelaksanaan agenda digital, AI negara dipercepat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
15/04/2024
15:58 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 15 April 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 15 April 2024.
1. BNM sedia guna instrumen, pastikan pasaran kewangan Malaysia kekal teratur
Operasi pasaran BNM akan memastikan mudah tunai yang memadai serta pasaran pertukaran asing berfungsi secara teratur.
2. KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan
Khairy Jamaluddin menzahirkan rasa puas hati selepas Datuk Lokman Noor Adam bersetuju untuk memohon maaf dan membayar pampasan yang tidak didedahkan kepada bekas Menteri Kesihatan itu.
3. Tembakan di KLIA: Farah Cie trauma, pengawal peribadi masih tak sedarkan diri
Ahli perniagaan, Farah Cie mengakui masih trauma ekoran kejadian tembak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad.
4. Pemandu lori mengaku tidak bersalah cubaan bunuh polis, pandu berbahaya
Seorang pemandu lori didakwa atas tiga pertuduhan membabitkan cubaan membunuh anggota polis serta dua lagi kesalahan trafik di Jempol pada minggu lalu.
5. Lawrence Wong dilantik PM Singapura baharu 15 Mei
Timbalan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong dilantik sebagai Perdana Menteri Singapura yang baharu berkuatkuasa pada 15 Mei depan.
6. Kes tembak KLIA: Hafizul diberkas polis di Kota Bharu - KPN
Polis memberkas seorang lelaki yang melepaskan melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
7. Nadir dedah 'Misi Gila' bawa balik keluarga dari Gaza, bantuan 'watak utama'
Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman hari ini mendedahkan 'misi gila' membawa pulang keluarganya yang terperangkap di Gaza, sejak perang tercetus pada 7 Oktober tahun lalu.
8. Disekat dari ke luar negara, tetapi tidak ditahan - Bekas Pengarah SRC
Seorang bekas pengarah SRC International Sdn Bhd Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak ditahan pihak berkuasa berkaitan urus niaga syarikat itu, namun disekat daripada ke luar negara.
9. Kerajaan pantau konflik Timur Tengah, pastikan keselamatan rakyat terjamin - PM Anwar
Kerajaan akan terus memantau dengan teliti perkembangan konflik di Timur Tengah dan mengambil langkah-langkah proaktif untuk memastikan keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan rakyat Malaysia, sentiasa terjamin.
10. Emas naik harga susulan konflik Iran-Israel
Harga emas global naik melepasi paras tertinggi baharu iaitu AS$2,420 (RM11,537.30) seauns atau RM370.93 segram susulan laporan awal membabitkan serangan Iran ke atas Israel pada hujung minggu lalu.

Topic Berkaitan
#berita pilihan
#berita tempatan
#pengawal peribadi
#minta maaf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan