ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 30 Mei 2024.


1. Google labur RM9.4 bilion, bangunkan pusat data dan wilayah awan di Malaysia

Pelaburan ini dijangka memberi impak ekonomi bernilai RM15.04 bilion dan meningkatkan kemahiran digital serta literasi AI di Malaysia.



2. Tak boleh sokong PM: 10 ADUN Bersatu Perlis, Terengganu serah Surat Arahan MPT

10 ADUN Bersatu, lima dari Perlis dan lima dari Terengganu, menyerahkan Surat Arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) sebagai langkah mematuhi pindaan Perlembagaan parti.


3. 220 syarikat China tawar lebih 5,000 latihan TVET kepada pelajar Malaysia

220 syarikat China menawarkan 5,125 kuota latihan TVET untuk pelajar Malaysia dalam bidang seperti automotif, EV, robotik, IoT, dan AI.


4. Nahas helikopter TLDM akibat haluan salah

Kedua-dua helikopter didapati berada dalam keadaan selamat untuk terbang semasa hari kejadian.


5. Polis tubuh pasukan petugas khas jemaah haji terkandas di Mekah

Pengarahnya Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata penubuhan pasukan itu merupakan tindakan proaktif bagi menangani isu tersebut.


6. Cliff Umar mengaku bersalah miliki dadah

Juara sebuah program realiti TV, Cliff Umar mengaku bersalah di Mahkamah Majistret pada Khamis, atas pertuduhan memiliki dadah jenis heroin, Ahad lalu.


7. Bicara 1MDB babit Najib selesai hari ini

Pihak pendakwaan menutup kes berkenaan sejurus semua 50 individu selesai memberi keterangan terhadap bekas Perdana Menteri berkenaan.


8. Pemantapan kerangka insurans sosial negara meliputi pembangunan individu, negara - PM

Pemantapan kerangka insurans sosial negara tidak hanya berasaskan pekerjaan sebaliknya turut meliputi pembangunan individu dan negara secara lebih menyeluruh, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


9. Polis tubuh pasukan petugas khas jemaah haji terkandas di Mekah

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman telah menubuhkan pasukan petugas khas yang berperanan melakukan siasatan dan tindakan awal terhadap sebarang aduan jemaah haji negara ini terkandas di Mekah.


10. Pintu masuk baharu sempadan Kalimantan sedang dikaji

Kementerian Dalam Negeri sedang mengkaji pembukaan beberapa pintu sempadan baharu membabitkan kawasan yang telah dipersetujui dengan Kerajaan Republik Indonesia.