awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
19/06/2024
15:59 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 19 Jun 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 19 Jun 2024.
1. Kerusi DUN Nenggiri diisytihar kosong - Speaker DUN Kelantan
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kekosongan kerusi DUN Nenggiri.
2. Lima ahli keluarga suspek serang Balai Polis Ulu Tiram didakwa terbabit ideologi IS
Lima ahli keluarga suspek dalam kes serangan Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua anggota polis 17 Mei lalu, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas sembilan pertuduhan berasingan serta menggalak dan menanam ideologi kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah.
3. PM China diberi sambutan rasmi di Putrajaya
Perdana Menteri China, Li Qiang, yang dalam rangka kerja ke Malaysia, diberi sambutan rasmi di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra, di Putrajaya hari ini.
4. Serangan balai polis Ulu Tiram: "Saya tak faham, saya tiada senjata" - Ahli keluarga suspek
Radin Imran didakwa atas empat pertuduhan di bawah Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan (Akta 574) dengan menggalakkan perbuatan pengganas berkaitan IS kepada semua ahli keluarga.
5. Dua pasangan suami isteri didakwa simpan harta curi milik pempengaruh 'Kieda Crepe'
Mereka didakwa menyimpan harta rompakan iaitu barang kemas seberat 247.65 gram milik seorang usahawan yang juga pempengaruh media sosial 'Keida Crepe', April Lepas.
6. ECRL jamin pertumbuhan ekonomi lebih segar di negeri Pantai Timur - PM Anwar
Beliau berharap kontraktor induk iaitu China Communications Construction Company dan Malaysia Rail Link Sdn Bhd dapat menyegerakan projek pembinaan itu, yang dianggar akan siap pada Disember 2026.
7. Tujuh tahun bersama, Nora Danish sah bercerai dengan Nedim Nazri
Nora Danish dan bekas suaminya, Nedim Nazri, bersetuju untuk berpisah secara baik menerusi prosiding yang berjalan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
8. Isyarat baharu MH370 dikesan di Australia Barat
Selepas 10 tahun kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, petanda baharu menyusul apabila penyelidik Britain mengesan isyarat yang mungkin membawa kepada penemuan pesawat berkenaan.
9. Hubungan China-Malaysia ibarat "landasan kereta api dengan masa depan cerah" - Li Qiang
Perdana Menteri China Li Qiang hari ini mengulangi pendirian Malaysia sebagai jiran rapat dan rakan kongsi penting, menekankan komitmennya untuk mengukuhkan kerjasama dan memajukan pembangunan bersama.
10. Subsidi Diesel: MOF lulus 100,000 permohonan BUDI MADANI
Sebanyak 100,000 permohonan bantuan tunai subsidi diesel di bawah inisiatif BUDI MADANI telah diluluskan setakat Rabu, bagi pemilik kenderaan diesel individu (BUDI Individu) serta petani dan pekebun kecil (BUDI Agri-Komoditi).
Topic Berkaitan
#berita tempatan
#berita pilihan
#berita utama
#Berita AWANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan