MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 25/03/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 25 Mac 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 25 Mac 2025.


1. PM tetap hadir letak batu asas Masjid MADANI di Masjid India

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi memberitahu akan hadir merasmikan majlis pecah tanah dan peletakan batu asas bagi pembinaan masjid di tapak Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, Khamis ini.



2. Perpindahan kuil: Islam tidak tekan mana-mana pihak - PM

Agama Islam merupakan agama Persekutuan di negara ini tetapi ia bukan faktor untuk ‘menekan’ mana-mana pihak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


3. Pemandu kereta rempuh penunggang motosikal bawah jejambat ditahan

Seorang pemandu kereta ditahan selepas kenderaannya dirakam merempuh penunggang motosikal yang berteduh di bawah jejambat di lorong kecemasan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, selepas Plaza Tol Sungai Besi, Kuala Lumpur, pada Ahad.


4. Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman dipindah 50 meter dari tapak asal - Dr Zaliha

Persetujuan tersebut dicapai hasil rundingan pelbagai pihak termasuk bersama pihak kuil.


5. Anwar dedah sistem MAHB digodam dengan tuntutan AS$10 juta

Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Malaysia tidak akan tunduk kepada tuntutan penjenayah, walaupun tindakan ini membawa risiko kepada kerajaan.


6. Mahkamah Tinggi benar tangguh notis pengosongan premis penduduk Kampung Sungai Baru

Mahkamah memutuskan notis arahan pengosongan ditangguhkan sehingga satu rayuan yang difailkan oleh pihak penduduk dapat dilupus, dan dibicarakan terlebih dahulu.


7. Isteri 'Pak Cik Petai' dapat tajaan rawat katarak mata

Mohd Noor, 67, tidak menyangka selepas tular kisah kesusahannya menjual petai dan membuat kerja kampung di Port Dickson bagi mengumpul duit untuk merawat mata isterinya, mendapat perhatian pelbagai pihak hospital swasta sehingga di Putrajaya.


8. Penggiat seni bertanggungjawab hasilkan karya tidak bertentangan akidah - Mohd Na'im

Mengulas isu paparan unsur LGBT dalam drama tempatan, Datuk Mohd Na'im Mokhtar. berkata Jakim telah mengeluarkan garis panduan yang jelas sebagai rujukan pihak produksi.


9. Ancaman siber KLIA: Siasatan menyeluruh dimulakan, operasi tidak terjejas

Siasatan menyeluruh dilakukan segera selepas ancaman keselamatan siber dikesan pada Ahad lepas (23 Mac) yang menjejaskan sistem komputer tertentu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


10. Tamat khidmat Senator Disember ini, Tengku Zafrul sedia bertanding Presiden BAM

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, menyatakan bahawa selepas menamatkan khidmatnya sebagai menteri, beliau akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada BAM dalam usaha memajukan badminton negara.



#berita pilihan #berita tempatan #berita Malaysia #Berita AWANI