NATIONAL
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 26 Mei 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 26 Mei 2025.
1. TERKINI HAJI 2025: Elak jadi mangsa penipuan ejen Mujamalah
Menurut Pengarah Operasi Pengelola Jemaah Haji, Anuar Ahmad, visa Mujamalah adalah kurniaan kerajaan Arab Saudi kepada individu atau agensi yang tertentu.
2. KKM tawar vaksin Tdap percuma kepada ibu mengandung
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini menawarkan vaksin imunisasi Tdap secara percuma kepada ibu mengandung yang berada dalam usia kehamilan antara 28 hingga 32 minggu, bermula hari ini.
3. KPM siasat video tular guru marah murid di kantin - Fadhlina
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memberi peringatan kepada guru agar sentiasa menjaga integriti dan mematuhi etika di bawah Standard Guru Malaysia (SGM) 2.0 dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab masing-masing.
4. Anak bekas Presiden Pas dilantik Mufti Wilayah Persekutuan baharu
Pendakwah terkenal, Ahmad Fauwaz Fadzil telah dilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan yang baharu berkuat kuasa 23 Mei 2025.
5. Sidang Kemuncak ASEAN bincang isu tarif AS di peringkat bilateral - Amir Hamzah
Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) turut membincangkan isu tarif Amerika Syarikat (AS) di peringkat bilateral dan antara ketua-ketua negara.
6. Kerjasama kerajaan, swasta penting untuk percepat pembangunan dalam ASEAN - PM Anwar
Kerjasama di antara sektor kerajaan dan swasta amat penting di dalam komuniti perniagaan bagi memastikan pembangunan dapat dicapai dalam masa yang singkat.
7. Deklarasi Kuala Lumpur ditandatangani, perkasa dua dekad ASEAN
Pemimpin ASEAN hari ini menandatangani Deklarasi Kuala Lumpur mengenai ASEAN 2045, yang menjadi antara dokumen paling signifikan dalam sejarah kepengerusian Malaysia.
8. BAM: Tengku Zafrul disaran kaji keseluruhan ekosistem, pastikan kebajikan pemain
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz diharap dapat melihat semula ekosistem badan induk itu dalam memastikan kebajikan kesemua pemain, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
9. Guru perlu jaga integriti, etika dalam bilik darjah dan media sosial - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek memberi peringatan kepada guru agar sentiasa menjaga integriti dan mematuhi etika di bawah Standard Guru Malaysia (SGM) 2.0 dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab masing-masing.
10. Lalui musim mengecewakan, namun Red Devils tetap dapat sambutan hangat
Yang dinanti-nantikan akhirnya tiba, Manchester United bersama skuad penuh mereka selamat mendarat pada Isnin menjelang aksi Maybank Challenge Cup 2025 menentang ASEAN All Stars 28 Mei ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.