MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 31 Mei 2025.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menemukan sebuah gedung simpanan arak mewah dalam serbuan ke atas sebuah daripada enam kediaman milik seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri, yang sedang disiasat berhubung kes tuntutan palsu dan penyalahgunaan dana bon sukuk bagi projek pembinaan lebuh raya di Lembah Klang.
Polis menahan seorang lelaki disyaki tokan dadah dan merampas ganja seberat 69.82 kilogram dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Melawati di sini Khamis lepas.
Mahkamah Rayuan menolak rayuan bekas pengendali Menara Kuala Lumpur dan anak syarikatnya untuk mendapatkan injunksi ad interim untuk menghentikan penyerahan konsesi Menara KL kepada LSH Service Master Sdn Bhd, semalam.
Selama 30 tahun dirinya tidak pernah terlepas dari menghadiri persidangan membincangkan ekonomi, teknologi dan masa depan Asia itu, melainkan ketika jatuh sakit
5. Dialog Shangri-La: Ada potensi ketegangan di Laut China Selatan, Anwar mahu dialog berterusan
5. Dialog Shangri-La: Ada potensi ketegangan di Laut China Selatan, Anwar mahu dialog berterusan
Ketegangan di Laut China Selatan tidak boleh berkembang menjadi konfrontasi dan menyeru kepada dialog serta kestabilan serantau.
6. Tengku Zafrul serahkan kedudukannya dalam Kabinet kepada PM Anwar
6. Tengku Zafrul serahkan kedudukannya dalam Kabinet kepada PM Anwar
Beliau berkata, keputusan itu diambil selepas beliau memikirkannya secara mendalam, termasuk hasrat untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina semula, dan membaiki 17 kediaman yang terlibat dalam insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights, Selangor, bermula minggu depan.
Taktik licik seorang lelaki warga India yang menjadi buruan kerajaan negara itu akhirnya terbongkar apabila dia dicekup polis ketika bersembunyi di sebuah hotel di ibu negara, awal pagi 13 Mei lalu.
Perlumbaan 1 Pusingan 2 dalam kategori ASB1000 Kejuaraan Idemitsu FIM Asia Road Racing Championship 2025 menyaksikan wira Malaysia, Azroy Hakeem Anuar, dari Idemitsu Honda Racing Malaysia melakar kemenangan cemerlang di Litar Antarabangsa Sepang.
Penyertaan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuka ruang menarik sokongan pelbagai pihak untuk bersama Keadilan dalam membina sebuah negara yang lebih progresif, adil dan inklusif.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami