MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Jun 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Jun 2025.
Kementerian Luar Negeri menasihatkan semua warganegara Malaysia supaya menangguhkan sebarang perjalanan yang tidak penting ke Iran, Iraq dan Jordan susulan ketegangan yang meningkat di Timur Tengah ekoran konflik antara Iran dan Israel.
Seorang lelaki maut manakala dua lagi rakannya cedera selepas disyaki ditembak dalam kejadian di sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, Kuala Lumpur, malam tadi.
Kerajaan mengumumkan pengecualian pembayaran levi selama setahun kepada semua institusi pendidikan swasta termasuk pendidikan vokasional mulai 1 Januari 2026.
Aktivis Fahmi Reza mengemukakan surat tuntutan kepada Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah Imigresen, dan Menteri Dalam Negeri berhubung sekatan perjalanan yang dikenakan terhadapnya.
Kejadian itu berkemungkinan besar berpunca daripada faktor lain seperti faktor manusia dan keadaan jalan raya.
Perdana Menteri bersetuju memperuntukkan dana sebanyak RM30 juta supaya dunia kewartawanan tidak ketinggalan dalam mengejar perubahan kecerdasan buatan (AI).
Timbalan Setiausaha Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Armizan Mohd Ali, menyatakan persetujuan terhadap hasrat Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin agar GRS dan BN bertembung dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Tidak tahan menghidu bau busuk sejak empat hari pulang daripada menyambut Hari Raya Aidiladha membawa kepada penemuan mayat seorang wanita warga emas di Jalan Pandan Indah, di sini, pada Jumaat.
Kebebasan media adalah antara tonggak utama amalan demokrasi yang perlu terus dipertahan dan diperkukuhkan di negara ini, demikian menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Polis Johor Datuk M. Kumar menafikan sebuah video tular di platform TikTok yang memaparkan individu didakwa menyerupai beliau menerima bantuan daripada 'Datok Abdul Malik'.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami