MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 16 Jun 2025.
Seorang pekerja sebuah kedai mencuci kereta parah selepas kenderaan pelanggan yang dipandunya melanggar tembok sebelum terjunam dari tempat letak kereta di tingkat tiga sebuah pangsapuri servis, di Jalan Klang Lama, petang semalam.
Semak samun menyambut pandangan mata penulis tatkala memandu masuk ke medan kenderaan yang memisahkan empat blok pangsapuri enam tingkat Flat Kuchai Jaya, Seputeh, di sini.
Polis menemukan mayat tanpa identiti tergantung pada sebatang pokok dalam sebuah ladang kelapa sawit di Felda Gunung Besout 2, Trolak, dekat sini, petang semalam.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim beri jaminan bahawa subsidi RON95 kekal, meskipun harga minyak dunia meningkat akibat konflik Israel-Iran.
Sekurang-kurangnya tiga individu disahkan maut dalam serangan peluru berpandu Iran yang terbaru menyasarkan kawasan tengah Israel.
Salah sebuah kenderaan yang dipercayai digunakan dalam penculikan Datin Seri Pamela Ling ditemui berhampiran sempadan Thailand.
Malaysia bakal menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian 2024 dalam masa terdekat selepas ia diluluskan sepenuhnya di Parlimen dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Memorandum persefahaman (MoU) Grid Tenaga ASEAN (APG) yang dipertingkatkan, yang dijangka dimuktamadkan menjelang akhir tahun ini akan memfokuskan kepada penyeragaman peraturan dan kawal selia, menyelaraskan keperluan teknikal dan mewujudkan model kewangan.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek hari ini menyelar sekeras-kerasnya tindakan segelintir pihak yang mempolitikkan insiden pergaduhan melibatkan dua murid di sebuah sekolah di Terengganu baru-baru ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) kekal sebagai institusi yang berwibawa dan progresif dalam memperjuangkan hak golongan rentan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami