[TERKINI] Polis Kenal Pasti Peserta Program Motivasi Rumah Tangga eHati – Amaran Tangkapan Jika Enggan Bekerjasama – Ikuti Perkembangan Di Sini
MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 15/07/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 Julai 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 Julai 2025.


1. 'Saya sayang Malaysia sampai hujung nyawa' - Tun M

“Saya akan sayang negara ini sampai hujung nyawa.” Itu penegasan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menjawab persoalan umum mengapa beliau masih mengambil berat terhadap apa yang berlaku di Malaysia.



2. Negara rugi cukai eksport hampir RM1 bilion, SPRM gempur sindiket seludup besi buruk

Negara mengalami kerugian hasil cukai eksport dipercayai mencecah lebih RM950 juta susulan sindiket penyeludupan besi buruk di lima negeri.


3. Duta AS: Kabinet belum terima cadangan pelantikan Nick Adams, ada hak untuk tolak

Kerajaan belum menerima sebarang memorandum rasmi daripada Wisma Putra berhubung pelantikan penulis dan pengulas konservatif, Nick Adams, sebagai Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia.


4. Dakwaan program motivasi rumah tangga songsang: Pengasas eHati, suami ditahan polis

Pengasas eHati International Sdn Bhd dan suaminya, ditahan polis pada Selasa. Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim.


5. YDP Agong hadir MRR ke-269, isu kehakiman antara tumpuan perbincangan

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-269 di Istana Negara, pada Selasa.


6. Pelantikan Ketua Hakim Negara ikut saluran JAC, Perlembagaan - Azalina

Proses pelantikan Ketua Hakim Negara dijalankan mengikut saluran sewajarnya iaitu melalui Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) dan mematuhi Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.


7. Majlis Raja-Raja dijangka umum pelantikan Ketua Hakim Negara pada Rabu

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Majlis Raja-Raja dijangka membuat keputusan dan mengumumkan pelantikan Ketua Hakim Negara hari ini.



8. Reformasi perkhidmatan awam perlu empati, kepimpinan berteraskan nilai - KSN

Penjawat awam perlu menegakkan integriti, empati dan rasa amanah yang teguh (konsep amanah yang memerlukan tanggungjawab dan akauntabiliti) dalam memacu reformasi negara, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.



9. KPWKM bantu ibu tunggal tuntut nafkah melalui KasihnITa 2025

Program Kasih Ibu Tunggal (KasihnITa 2025) akan memberi tumpuan khusus kepada isu kegagalan bekas suami menunaikan nafkah terhadap bekas isteri seperti yang diperintahkan oleh mahkamah.



10. Kenaikan kos bahan binaan tidak jejas harga Rumah Mesra Rakyat

Kerajaan tidak bercadang untuk menaikkan harga jualan Rumah Mesra Rakyat (RMR) walaupun berlaku kenaikan harga barangan bagi sektor pembinaan, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Aiman Athirah Sabu.

















#berita pilihana #tempatan #Istana Negara #perkhidmatan awam