awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah perintah Chegubard, pempengaruh bayar RM550,000
Empat individu direkod keterangan bantu siasatan kes remaja jatuh kondominium
RM5.5 juta laksana saringan kanser serviks, sasar 32,000 wanita tahun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skim Rel Akhir Laluan Lingkaran MRT3 dilulus, raih sokongan awam - MRT Corp

Bernama
Bernama
17/07/2025
13:30 MYT
Skim Rel Akhir Laluan Lingkaran MRT3 dilulus, raih sokongan awam - MRT Corp
Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) hari ini mengumumkan Skim Rel Akhir bagi Laluan Lingkaran MRT3 telah diluluskan secara rasmi dan ditandatangani oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke. - Foto Facebook MRT Corp
KUALA LUMPUR: Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) hari ini mengumumkan Skim Rel Akhir bagi Laluan Lingkaran MRT3 telah diluluskan secara rasmi dan ditandatangani oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Dalam kenyataannya, MRT Corp berkata kelulusan itu menyusuli langkah pemeriksaan awam yang dilaksanakan pada 2 September hingga 2 Disember 2024 yang telah menerima lebih 45,000 maklum balas bertulis.
"Sebanyak 93.3 peratus daripada maklum balas itu memberi sokongan terhadap projek itu yang memaparkan sokongan padu orang awam dan pihak berkepentingan," katanya.
Laluan Lingkaran MRT3 merupakan laluan sepanjang 51 kilometer bagi perimeter atau lingkungan Kuala Lumpur, diintegrasikan sepenuhnya menerusi 10 stesen pertukaran strategik untuk membolehkan perjalanan dua hala secara lancar di seluruh Lembah Klang.
Menurut MRT Corp, beberapa penambahbaikan juga turut dilakukan ke atas penempatan stesen dan jejambat sepanjang laluan projek serta reka bentuk sistem rel Laluan Lingkaran MRT3.
Selain itu, jumlah lot tanah yang diperlukan juga telah dikurangkan daripada 1,012 kepada 690 lot yang meminimumkan impak ke atas komuniti terlibat.
"Menerusi kelulusan hari ini, proses pengambilalihan tanah dapat dimulakan dan disasarkan untuk siap menjelang akhir 2026.
"MRT Corp akan menghubungi komuniti terbabit serta memaklumkan mengenai penambahbaikan di kawasan berkenaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Skim Rel Akhir Laluan Lingkaran MRT3
#diluluskan secara rasmi
#MRT Corp
#Menteri Pengangkutan Anthony Loke
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan