MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 28 Julai 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 28 Julai 2025.
Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada Ketua Hakim Negara, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh di Istana Negara.
Pengecualian tersebut merangkumi perkhidmatan pembinaan bagi bangunan kediaman dan kemudahan awam seperti rumah ibadah, tandas awam dan taman rekreasi.
Kesemua suspek yang ditahan adalah rakyat tempatan berusia antara 30 hingga 45 tahun.
Unjuran mengambil kira senario tarif yang pelbagai, merangkumi senario kemungkinan kenaikan tarif yang berterusan serta hasil rundingan perdagangan yang lebih menggalakkan.
Dia dilaporkan ditahan pihak polis di kediamannya hari ini bagi membantu siasatan berhubung penganjuran Himpunan Turun Anwar yang diadakan pada Sabtu lalu.
Thailand dan Kemboja mencapai persefahaman untuk melaksanakan gencatan senjata serta-merta tanpa syarat mulai tengah malam ini.
Peranan wanita dalam sektor tidak formal khususnya suri rumah dan penjaga keluarga perlu diiktiraf dan dihargai setimpal dengan sumbangan mereka kepada masyarakat dan negara, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Racun (Pindaan) 2025 bagi memperkasakan penguatkuasaan terhadap aktiviti haram melibatkan penyalahgunaan racun dan bahan psikotropik.
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) komited memperkasa pembangunan modal insan negara dengan menawarkan kursus kemahiran yang membantu pekerja mempersiapkan diri menghadapi keperluan pasaran kerja semasa dan masa hadapan, selari dengan kehendak Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).
Dua syarikat pengendali e-hailing, Aist Malaysia Sdn Bhd (Maxim) dan ID Applications Sdn Bhd (InDrive) diberikan amaran tegas supaya mematuhi syarat perkhidmatan termasuk aspek keperluan Permit Kenderaan E-Hailing (EVP) untuk beroperasi di negara ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami