MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 29 Julai 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 29 Julai 2025.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Merdeka, Jakarta Pusat hari ini bagi menghadiri Rundingan Tahunan ke-13 antara Malaysia dan Indonesia.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan bayaran ganti rugi RM1.1 juta kepada ibu model warga Belanda Ivana Esther Robert Smit, yang mayatnya ditemukan di balkoni tingkat enam sebuah kondominium, lapan tahun lepas.
Kementerian Kerja Raya menjelaskan, pemansuhan tol bukanlah langkah yang mudah untuk dilaksanakan walaupun ia pernah menjadi sebahagian daripada manifesto pilihan raya oleh pihak tertentu sebelum ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia tidak pernah mengambil sikap agresif berkaitan isu sempadan dengan Indonesia, sebaliknya mengikut undang-undang dan rundingan.
Siasatan awal insiden kematian seorang anggota Rejimen 22 Komando Grup Gerak Khas (GGK) mendapati terdapat kemungkinan isu melibatkan peralatan yang digunakan semasa latihan.
6. Gencatan senjata diusahakan Putrajaya serlahkan pengaruh diplomatik ASEAN - Anwar
6. Gencatan senjata diusahakan Putrajaya serlahkan pengaruh diplomatik ASEAN - Anwar
Anwar menegaskan pentingnya mempertahankan kepusatan, kerjasama dan etos diplomatik sebagai kompas dalam dinamik geopolitik semasa.
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad untuk menggugurkan Pesuruhjaya Kehakiman Arziah Mohamed Apandi daripada mendengar saman fitnah yang difailkan Menteri Kesihatan itu terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung hantaran di Facebook mengenai isu kronisme.
Polis mengesahkan punca kematian kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang mayatnya ditemukan ditanam di kawasan Rompin, Jempol, disebabkan tekanan pada bahagian leher mangsa akibat jerutan pengikat kabel.
Malaysia dan Brunei menzahirkan keyakinan bahawa ASEAN mampu untuk terus menjadi rantau contoh dalam menjulang diplomasi dan keamanan sejagat.
Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan seorang bekas anggota tentera terhadap penamatan perkhidmatannya daripada Angkatan Tentara Malaysia kerana enggan mengambil suntikan vaksin COVID-19.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami