awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia ke-13 bermula

Bernama
Bernama
29/07/2025
04:26 MYT
Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia ke-13 bermula
Prabowo dan Anwar sebelum mengadakan pertemuan empat mata di Istana Merdeka, Jakarta, Indonesia, hari ini. (Foto AP)
JAKARTA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Merdeka, Jakarta Pusat hari ini bagi menghadiri Rundingan Tahunan ke-13 antara Malaysia dan Indonesia.
Ketibaan Anwar sempena lawatan kerja dua hari, disambut Presiden Indonesia Prabowo Subianto sebelum kedua-dua pemimpin mengadakan pertemuan empat mata, membincangkan pelbagai isu yang menjadi kepentingan bersama.
"Doakan lawatan kerja kali ini membawa manfaat yang terbaik buat rakyat kedua-dua negara sahabat," kata Anwar dalam hantaran di Facebook.
Rundingan seumpama itu kali terakhir diadakan antara kedua-dua negara ialah di Kuching, Sarawak pada 22 Nov 2017.
Delegasi Malaysia dan Indonesia turut dijadualkan menghadiri majlis makan tengah hari rasmi, disusuli pertukaran empat dokumen persefahaman (MoU) dan sidang media bersama.
Selesai rundingan tahunan, Anwar akan melawat Sekretariat ASEAN di Jakarta Selatan atas jemputan Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn dan beliau akan menyampaikan ucapan dasar mengenai ASEAN dalam konteks Pengerusi ASEAN oleh Malaysia bagi tahun 2025.
Anwar yang tiba di Jakarta pada Isnin, diiringi Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg; Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor; Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; serta Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Terdahulu, Perdana Menteri memulakan lawatan kerja itu dengan mengadakan pertemuan bersama Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) dan ketua pengarang media utama di Indonesia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Indonesia
#Prabowo Subianto
#Rundingan Tahunan Ke-13
#lawatan kerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan