[TERKINI] AS Turunkan Tarif ke 19% Terhadap Malaysia – Semak Laporan Penuh Di Sini
MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 30/07/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 30 Julai 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 30 Julai 2025.


1. Himpunan Turun Anwar: Nik Nazmi kesal MP Pas baca Qunut Nazilah

Bekas Menteri Alam Sekitar dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad menyatakan kekesalan beliau terhadap tindakan Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail yang memimpin bacaan Qunut Nazilah ketika Himpunan Turun Anwar di ibu negara, pada Sabtu lalu.



2. Gempa bumi kuat di Rusia, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia

Tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia susulan gempa bumi kuat yang melanda luar pantai timur Kamchatka, Rusia, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.


3. Tribunal Hak Asasi Manusia mungkin benar siasat kes NFA kematian Beng Hock

Cadangan penubuhan Tribunal Hak Asasi Manusia dijangka memberi ruang kepada kes pencabulan hak asasi untuk dibawa semula bagi siasatan dan pendengaran, termasuk yang diklasifikasi sebagai "tiada tindakan lanjut" (NFA) seperti kematian Teoh Beng Hock.


4. Kementerian, pejabat kerajaan wajib mainkan lagu 'Malaysia MADANI Rakyat Disantuni' - Fahmi

Semua kementerian, agensi dan pejabat kerajaan diwajibkan memainkan lagu tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 bertajuk "Malaysia MADANI Rakyat Disantuni".


5. Pelajar 14 tahun tular tumbuk guru mengaku bersalah

Seorang pelajar berusia 14 tahun yang tular dalam satu video menumbuk gurunya, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret pada Rabu atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap guru lelaki dalam satu kejadian di sebuah sekolah menengah, tiga hari lalu.


6. Lee Chong Wei kini bergelar Datuk Seri

Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei pada Rabu, menerima kurnia Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.


7. Malaysia peroleh pelaburan digital berjumlah RM2.97 bilion dari China - Gobind

Malaysia memperoleh pelaburan digital disahkan berjumlah RM2.97 bilion daripada pemain teknologi terkemuka China yang bakal mencipta lebih 6,800 peluang pekerjaan digital bernilai tinggi di seluruh negara, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.


8. AKPS gagalkan taktik penyamaran di KLIA T2, tolak kemasukan 13 warga asing

Cubaan 13 warga asing menyamar sebagai penumpang baharu untuk melepasi pemeriksaan Jabatan Imigresen (JIM) di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) Terminal 2 (T2) berjaya dipatahkan Unit Pemantau Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), pada Selasa.


9. Spa tiga tingkat tawar khidmat seks diserbu Imigresen Kuala Lumpur

Berselindung di sebalik rumah urut bagi mengaburi mata pihak berkuasa daripada menghidu kegiatan pelacuran yang dijalankan, akhirnya dibongkar Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur menerusi serbuan Ops Gegar.


10. Utamakan kesejahteraan rakyat, usah politik sepanjang masa - Sultan Pahang

Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan wakil rakyat di negeri itu supaya tidak terlalu sibuk dengan urusan politik sepanjang masa.


#berita tempatan #berita tumpuan #berita pilihan #berita Malaysia #Berita AWANI