Terkini: Kes Kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 16/08/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 16 Ogos 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 16 Ogos 2025.


1. Tindakan segelintir anggota dan pegawai terlibat jejas imej PDRM

Tindakan segelintir anggota dan pegawai polis yang terlibat dalam rasuah menjejaskan serta mencemarkan imej pasukan itu, walaupun majoritinya menjalankan tugas dengan penuh amanah dan berintegriti.



2. Pergaduhan bola sepak: Dua pasukan didenda, pengurus digantung lima tahun

Persatuan Bolasepak Daerah Hilir Perak mengenakan tindakan tegas terhadap dua pasukan yang terlibat dalam insiden pergaduhan ketika perlawanan antara Padang Tembak FC dan Jenderata FC di Padang Speedy, Teluk Intan pada 7 Ogos lalu.


3. Kes serangan anak Rafizi: Polis temukan beberapa petunjuk positif

Polis menemukan beberapa petunjuk positif bagi mengesan suspek terlibat dengan kes serangan terhadap anak lelaki Datuk Seri Rafizi Ramli di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya.


4. Kes Zara Qairina: Anwar sekali lagi tegaskan tiada yang terlepas

Perdana Menteri menegaskan bahawa tiada sesiapa yang terlibat dalam kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, akan terlepas daripada siasatan dan tindakan undang-undang.


5. Polis, MCMC buru 'pakar bedah' dakwa terlibat bedah siasat Zara Qairina - Fahmi

Polis dan MCMC sedang mengesan seorang individu yang mendakwa dirinya 'pakar bedah' kononnya terlibat dalam proses bedah siasat ke atas jenazah pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina.


6. Op Sohor: TMJ antara yang bantu SPRM bongkar kebocoran maklumat - Azam Baki

Operasi besar-besaran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikenali sebagai Op Sohor berjaya membongkar kegiatan kebocoran maklumat ketenteraan adalah hasil kerjasama erat bersama Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail (TMJ).


7. Rampasan kira-kira RM5 bilion hasil rasuah bukti kecekapan Kerajaan MADANI - PM Anwar

Kejayaan rampasan kira-kira RM5 bilion hasil kegiatan rasuah dalam tempoh satu hingga dua tahun kebelakangan ini membuktikan kecekapan serta kesungguhan Kerajaan MADANI memerangi rasuah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


8. Rafizi nafi ‘buli’ Fadhlina, akui sering tak puas hati jawapan isu buli

Datuk Seri Rafizi Ramli menafikan dakwaan bahawa beliau ‘membuli’ Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengenai isu buli.


9. Tabung Haji sangkal dakwaan belanja RM20 juta untuk penjenamaan semula

Lembaga Tabung Haji (TH) menafikan dakwaan bahawa pihaknya membelanjakan sebanyak RM20 juta bagi tujuan penjenamaan semula atau 'rebranding'.


10. Jalur Gemilang: 'Jangan bertindak jadi polis, peguam dan hakim' - Fahmi

"Jangan bertindak menjadi polis, peguam dan hakim." Itu tegas Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil sebagai peringatan kepada orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri terhadap sebarang kesalahan berkaitan pemasangan atau pemaparan Jalur Gemilang.



#berita tempatan #berita pilihan #berita tumpuan #Berita AWANI