MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 28 Ogos 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 28 Ogos 2025.
1. Konsep 4P teras pembangunan Kuala Lumpur sebagai bandar raya mampan
Konsep 4P iaitu Public (awam), Private (swasta), People (rakyat) dan Partnership (kerjasama) berjaya memacu pembangunan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya mampan dan berdaya huni, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif.
2. Hanya 1.6 juta rakyat Malaysia manfaatkan PeKa B40
Hanya 1.6 juta rakyat Malaysia daripada kumpulan B40 telah memanfaatkan saringan kesihatan percuma di bawah Skim Peduli Kesihatan (PeKa B40) setakat 31 Mei lepas.
3. AC Mizal kecewa konsert 4U2C dikecam, ada anggota alami tekanan perasaan
PELAKON yang juga anggota kumpulan 4U2C, Datuk AC Mizal meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila menerima kecaman daripada segelintir pihak apabila mereka mengumumkan mahu menganjurkan konsert ‘WE 4U2C Live In Concert.’
4. RUU Pembaharuan Semula Bandar perlu untuk bina kediaman lebih selesa - Anwar
Beliau menegaskan RUU ini bukan untuk merampas rumah rakyat atau memecah demografi kaum, sebaliknya untuk kesejahteraan rakyat dan pembangunan bandar yang seimbang.
5. Aminuddin ganti Rafizi dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen
Usul yang dibawa oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kulasegaran itu diluluskan dengan undian majoriti Ahli Parlimen.
6. Kes Zara Qairina: Koroner baharu ganti Azreena dengar inkues
Mahkamah Koroner mengesahkan inkues berhubung punca kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, akan diteruskan seperti dijadualkan.
7. Aktiviti 'ulat teksi' khianati kepentingan negara, perlu dibanteras bersama - Loke
Aktiviti "ulat teksi", merupakan satu perbuatan mengkhianati kepentingan negara dan perlu dibanteras secara bersama, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
8. Dua pelajar TAR UMT mati terjatuh saling tidak mengenali
Siasatan mendapati dua penuntut Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) yang maut selepas dipercayai terjatuh dari sebuah kondominium di Taman Melati, di sini, pada 20 Ogos lalu tidak saling mengenali.
9. Insiden gangguan elektrik di KLIA2 berpunca daripada 'flashover'
Insiden gangguan elektrik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 pada petang hari ini berpunca daripada insiden 'flashover' (lintar pintas yang boleh menyebabkan kebakaran).
10. Separuh tawaran haji ditolak akibat simpanan tidak cukup, TH mahu ubah sikap pendeposit
Sehingga kini, jumlah pemohon haji telah mencecah 4 juta orang, namun separuh daripada tawaran haji yang dikeluarkan setiap tahun terpaksa ditolak kerana simpanan tidak mencukupi.