MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 September 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 September 2025.
1. Kejohanan Dunia Wushu 2025: Jia Rong sumbang emas keempat Malaysia
Jia Rong yang turun beraksi dalam acara Daoshu, berjaya meraih 9.726 mata untuk emas pertamanya di Kejohanan Dunia.
2. Inkues Zara Qairina: 'Amung Kamaruddin' ugut pakar patologi ditahan polis
Lelaki berusia 61 tahun itu ditahan kira-kira jam 7 pagi susulan kenyataannya di laman Facebook menggunakan akaun bernama ‘Amung Kamaruddin’.
3. Anggota polis parah ditembak, ditikam ketika bergelut suspek bawa mayat wanita
Seorang konstabel berusia 26 tahun ditembak dan ditikam oleh suspek semasa pergelutan di Simpang Pulai, namun kini dalam keadaan stabil.
4. Orang ramai diminta hormati proses keadilan - Peguam Negara
Jabatan Peguam Negara (AGC) menasihatkan orang ramai supaya menghormati proses keadilan yang sedang dijalankan, termasuk dalam prosiding inkues Zara Qairina Mahathir.
5. Kematian Syamsul Haris: Tidak perlu tunggu 3 bulan untuk pertimbang inkues - Peguam Negara
Peguam Negara menegaskan laporan awal bedah siasat sudah memadai untuk pertimbangan inkues kematian pelatih PALAPES UTM, tanpa perlu menunggu tiga bulan.
6. Perhimpunan Agung Bersatu: ‘Saya akan mati dalam parti, Muhyiddin Presiden terbaik’ - Hamzah
Hamzah menekankan kemenangan PRU16 lebih penting daripada perebutan jawatan, menyeru semua pihak bersatu demi kejayaan parti.
7. Suria KLCC jelaskan video tular, larangan bawa kayu panjang sebagai prosedur keselamatan
Pihak pengurusan Suria KLCC hari ini menjelaskan berhubung satu rakaman video tular di media sosial yang memaparkan interaksi antara anggota keselamatan mereka dengan seorang pengunjung di satu daripada pintu masuk pusat beli-belah itu.
8. Polis parah ditembak, mayat wanita ditemui
Seorang anggota polis parah selepas ditembak dan ditikam, manakala mayat seorang wanita ditemui dalam sebuah kereta ditinggalkan suspek di kawasan Simpang Pulai, awal pagi Ahad.
9. Kanak-kanak cedera diserang anjing perlu jalani pembedahan susulan - Polis
Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang cedera di bahagian kepala akibat diserang anjing liar di Batu 9, Cheras, Rabu lepas perlu menjalani satu lagi pembedahan bagi menjahit kulit luar kepalanya.
10. Lelaki maut tertimbus ketika korek tanah
Seorang lelaki maut tertimbus semasa menjalankan kerja-kerja pengorekan tanah dan pemasangan paip di kawasan pengumpulan pasir sungai di Kampung Teluk Kepayang, Bota Kiri di Seri Iskandar.