awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ujian Tingkatan 3 bantu murid pilih aliran, bukan bersifat ‘high stakes’ - Fadhlina
Ujian Tahun 4 intervensi penguasaan pengetahuan, tiada perubahan silibus - Fadhlina
1,345 projek infrastruktur, penyelenggaraan di Negeri Sembilan babit RM431 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut tertimbus ketika korek tanah

Bernama
Bernama
07/09/2025
15:19 MYT
Lelaki maut tertimbus ketika korek tanah
Ketiga-tiga mangsa yang tertimbus pada paras dada berusia antara 28 hingga 38 tahun dan mengalami kecederaan berjaya dikeluarkan kira-kira 6.30 petang. - JBPM Perak
IPOH: Seorang lelaki maut tertimbus semasa menjalankan kerja-kerja pengorekan tanah dan pemasangan paip di kawasan pengumpulan pasir sungai di Kampung Teluk Kepayang, Bota Kiri di Seri Iskandar hari ini.
Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata dalam kejadian 5 petang itu, tiga lagi mangsa kesemuanya lelaki tempatan berjaya diselamatkan.
Beliau berkata sejurus tiba di lokasi kejadian, sepasukan anggota bomba mendapati tiga mangsa tersekat di dalam pam pasir manakala seorang lagi mangsa tertimbus sepenuhnya.
"Menurut saksi, dua pekerja terlihat tanah di sekeliling tempat korekan mulai rebak dan jatuh ke dalam longkang yang dikorek.
"Mereka juga cuba membantu mengeluarkan mangsa. Longkang yang dikorek dianggar sedalam tiga meter," katanya dalam kenyataan malam ini.
Shazlean berkata ketiga-tiga mangsa yang tertimbus pada paras dada berusia antara 28 hingga 38 tahun dan mengalami kecederaan berjaya dikeluarkan kira-kira 6.30 petang manakala mangsa yang tertimbus sepenuhnya berusia 26 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Mayat berjaya dikeluarkan pada 7.59 malam dan dihantar ke Hospital Seri Iskandar untuk bedah siasat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#maut tertimbus
#korek pasir
#pemasangan paip
#Bota Kiri
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan