[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 10/09/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 10 September 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 10 September 2025.


1. Inkues Zara Qairina: Patung simulasi kaki patah, kepala tercabut dikemukakan di mahkamah

Saksi menunjukkan keadaan patung yang rosak, iaitu di kedua-dua kaki kiri dan kanan patah serta kepala patung tercabut akibat dijatuhkan dari tingkat tiga asrama berkenaan.



2. Banjir: 196 orang dipindahkan di Beaufort - JPBN Sabah

Sebanyak lapan kampung terkesan akibat banjir yang melanda daerah itu sejak semalam.


3. 'Tiada siasatan aktif terhadap pemangku pengerusi HDC, Azhari Shaari' - SPRM

SPRM menegaskan semakan keutuhan tidak mengikat pelantikan dan menasihatkan agar tiada spekulasi yang boleh menjejaskan proses semakan.


4. Menantu Muhyiddin dipercayai berada di Timur Tengah - SPRM

Muhammad Adlan Berhan yang disiasat kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing dipercayai berada di sebuah negara Timur Tengah.


5. Kerajaan secara dasar setuju pisahkan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya - Fahmi

Kerajaan bersetuju secara dasar untuk mengasingkan sepenuhnya peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya.


6. PM Anwar arah lawatan menteri, timbalan menteri ke luar negara dihentikan sementara

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan semua lawatan menteri dan timbalan menteri ke luar negara dihentikan sementara.


7. Pendaftaran kad SIM prabayar guna MyDigital ID menjelang hujung tahun - Fahmi

Semua syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) akan diarahkan untuk melaksanakan proses pendaftaran kad SIM prabayar menggunakan MyDigital ID menjelang hujung tahun ini.


8. 1MDB: Malaysia pulih aset RM39.1 juta milik Jho Low dan keluarga

Kerajaan Malaysia dengan kerjasama Commercial Affairs Department (CAD) Singapura berjaya memulihkan aset berkaitan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dan keluarganya berjumlah USD8.57 juta (RM39.1 juta).


9. Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan, atasi Singapura dan Thailand - Kementerian Kewangan

Prestasi pertumbuhan ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan meskipun berhadapan dengan ketidaktentuan geopolitik dan perdagangan global, lebih baik berbanding beberapa negara ASEAN antaranya Singapura dan Thailand pada suku kedua tahun ini.


10. Sindiket 'counter setting': 27 individu temasuk 18 pegawai penguat kuasa ditahan

SPRM menahan 27 individu termasuk 18 pegawai agensi penguat kuasa kerana disyaki terbabit dengan sindiket counter setting yang melepaskan warga asing masuk ke negara ini tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan.



#berita pilihan #berita tempatan #berita Malaysia #Berita AWANI