MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 14 September 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 14 September 2025.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia memperluas penggunaan Aplikasi Mudah Alih Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (MySPPIM) bagi memudahkan orang ramai menguruskan pelbagai urusan perkahwinan secara dalam talian.
Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di anak sungai di kawasan Air Rengat, Temenggor dekat Gerik pagi Sabtu.
Seorang pekerja kuari dilaporkan tertimbus dalam kejadian runtuhan batu di Kuari IJM, Ulu Gali, Sungai Ruan, Raub kira-kira 12.50 tengah hari, Sabtu.
Polis meminta orang ramai tidak membuat spekulasi atau menyebarkan video berhubung insiden melibatkan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu dengan warga asing yang tular di media sosial sejak Jumaat.
Pelajar yang didakwa terbabit dalam kes buli di sebuah sekolah menengah di Sabah digantung sekolah serta-merta.
Kementerian Pendidikan menegaskan tiada keperluan untuk memansuhkan matrikulasi kerana sistem ini dan prauniversiti iaitu STPM diiktiraf serta memenuhi merit kemasukan ke universiti awam.
Isu beberapa Ahli Parlimen yang mendakwa menerima ugutan video lucah kini berada di bawah siasatan polis, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
Jabatan Peguam Negara menerima laporan penuh siasatan berhubung sejumlah wang tunai yang disita, dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan setiausaha politik beliau.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tiba masanya dunia Arab-Islam dan masyarakat antarabangsa bangkit bersatu mempertahankan maruah, menghentikan keganasan dan menjamin keselamatan sejagat.
Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendedahkan beliau turut menerima e-mel ugutan seks berasaskan kecerdasan buatan (AI), yang kini menjejaskan sekurang-kurangnya 10 ahli politik termasuk beberapa anggota Kabinet.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami