MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 18 September 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 18 September 2025.
Inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, memasuki hari kesembilan pada Khamis dengan menyambung keterangan ketua warden asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Azhari Abd Sagap.
Sebanyak 32 kenderaan import pelbagai jenis bernilai lebih RM8.45 juta telah disita oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) baru-baru ini kerana melanggar syarat gudang berlesen.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar pembangunan semula tanah di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur dilaksanakan secara teliti dan berhemah dengan mengutamakan kepentingan orang Melayu.
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendedahkan bahawa insiden pesawat pejuang F/A-18D Hornet yang terhempas pada 21 Ogos lalu berpunca daripada pertembungan dengan burung (bird strike).
Bekas akauntan kanan GISB Holdings Sdn Bhd, Mohd Khushairi Osman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen selepas didakwa dengan 40 tuduhan pengubahan wang haram membabitkan wang berjumlah lebih RM3.8 juta.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menzahirkan pandangan berhubung latar sejarah, masa depan dan hala tuju pembangunan Kampung Baru.
Semua aktiviti selam skuba, snorkeling dan lawatan ke enam pulau perairan sekitar daerah ini dihentikan berkuat kuasa serta-merta bagi memberi laluan kepada kerja pemuliharaan biodiversiti marin serta alam sekitar.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh tidak bersetuju dengan cara layanan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), yang mengenakan tindakan tunjuk sebab terhadap jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou berhubung isu ganjaran kejayaan Sukan Paralimpik 2024.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Malaysia akan terus menjadi peneraju memastikan jenayah rentas sempadan ditutup rapat, dilindungi daripada ancaman baharu yang semakin mencabar.
Hubungan akrab antara Malaysia dan Republik Sosialis Vietnam akan sentiasa menjadi antara pemangkin dalam memperkukuh rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami