MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 3 Oktober 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 3 Oktober 2025.
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah, Global Sumud Flotilla (GSF) adalah contoh misi kemanusiaan yang murni dalam membantu mereka yang kelaparan, khususnya golongan warga emas, wanita dan kanak-kanak.
Kedutaan Amerika Syarikat (AS) jamin semua rakyat Malaysia yang ditahan semasa misi Global Sumud Flotilla (GSF) akan segera dibawa pulang dengan keselamatan terjamin.
Seorang penulis blog warga asing Murray Hunter telah ditahan di Bangkok bulan lepas, kerana gagal mematuhi saman dikeluarkan pihak berkuasa Thailand untuk membantu siasatan, menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada Jumaat.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihatkan orang ramai yang berhimpun mengutuk tindakan Israel menahan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla ke Gaza, supaya menghormati undang-undang dan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.
Jemputan Malaysia kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN yang akan datang di Kuala Lumpur pada Oktober ini perlu dilihat sebagai sebahagian daripada strategi hubungan ASEAN yang lebih luas dan bukan inisiatif Malaysia semata-mata.
Kerajaan mengumumkan syarikat bot penumpang layak menerima subsidi petrol RON95 melalui skim bayaran balik tunai, bermula 9 Oktober ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Majlis Pendidikan Negara (MPN) perlu memperhalusi isu-isu mendesak termasuk pelaksanaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), kecerdasan buatan (AI) serta penguasaan Bahasa Melayu, demi membina masa depan pendidikan yang berdaya saing dan berakar pada jati diri.
Perkembangan pesat kecerdasan buatan (AI) merupakan antara res nova atau cabaran baharu paling mendesak bagi badan kehakiman, khususnya dalam memastikan kebertanggungjawaban, keadilan dan integriti dalam proses membuat keputusan kehakiman, kata Ketua Hakim Negara Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh.
UMNO berpendirian tegas Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU PSB) sedia ada perlu ditangguhkan dan tidak diteruskan pembentangannya pada Sidang Dewan Rakyat akan datang.
10. Global Sumud Flotilla: Kedutaan AS jamin rakyat Malaysia ditahan Israel akan dibawa pulang segera
Kedutaan Amerika Syarikat (AS) jamin semua rakyat Malaysia yang ditahan semasa misi Global Sumud Flotilla (GSF) akan segera dibawa pulang dengan keselamatan terjamin.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami