Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 12 Oktober 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 12 Oktober 2025.
Jabatan Pengangkutan Jalan berjaya membongkar kegiatan pengangkutan haram atau "prebet sapu" menggunakan van dan kenderaan pelbagai guna mewah yang menjadikan pelancong asing sebagai sasaran dalam operasi khas di sekitar ibu kota, semalam.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat mengesahkan pihaknya mempunyai maklumat awal berhubung kegiatan mengatur kaunter atau counter setting di sempadan Malaysia-Thailand.
Tanah rizab Melayu di kawasan bandar seperti Bandar Malaysia berpotensi menjadi pemangkin transformasi ekonomi masyarakat Melayu sekiranya diurus secara strategik, telus, inklusif dan berpandangan jauh.
Empat pelajar lelaki yang disyaki terlibat dalam kes rogol secara bergilir-gilir di sebuah sekolah menengah di sini tetap akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadualkan bermula pada 3 November depan.
Gandingan ranking kedua dunia, Pearly Tan-M. Thinaah, merangkul gelaran super 500-nya yang ketiga sepanjang karier apabila dinobatkan selaku juara Kejohanan Badminton Terbuka Artik 2025 di Vanta, Finland, pada Ahad.
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail berkata, meskipun para aktivis berdepan pengalaman getir, dihina dan dibuli rejim Israel, koordinasi mantap serta penggunaan teknologi yang lebih baik kali ini berjaya memastikan keselamatan mereka.
Wartawan Astro AWANI, Syafik Shukri Abdul Jalil yang turut serta dalam misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG) menyifatkan tentera Israel sebagai orang paling jahat yang pernah ditemui.
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menasihatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berhasrat menyertai misi kemanusiaan ke Gaza supaya berkoordinasi dengan Kementerian Luar terlebih dahulu bagi memastikan penghantaran bantuan berjalan lancar dan selamat.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (kawalan mempamer) 1949.
“Misi ini bukan fasal kami, tetapi untuk saudara kami di Gaza, Kami lakukan misi ini untuk membebaskan mereka dan menyebarkan keadilan serta kebenaran yang patut disebarluaskan.”
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami