MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 16/10/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Oktober 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Oktober 2025.

1. Satu lagi kes rogol berkumpulan di sekolah: 4 pelajar ditahan di Baling

Polis menahan empat remaja lelaki disyaki terlibat dalam kejadian rogol beramai-ramai ke atas seorang pelajar perempuan.


2. PRN Sabah: Hari mengundi 29 Nov, penamaan calon 15 Nov - SPR

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 akan berlangsung pada 29 November depan.


3. Keluarga Altantuya dibenar mulakan semakan kehakiman berkaitan afidavit Azilah Hadri

Mahkamah Tinggi membenarkan keluarga mendiang Altantuya Shaariibuu memulakan prosiding semakan kehakiman supaya polis menyiasat afidavit tambahan dan akuan bersumpah seorang bekas pegawai polis yang terlibat dalam kes pembunuhan model Mongolia itu.


4. Jenayah di sekolah: Kabinet akan buat 'keputusan segera' - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, memaklumkan akan membuat 'keputusan segera' berhubung beberapa insiden jenayah yang berlaku dalam kalangan pelajar sekolah, sejak kebelakangan ini.


5. Dewan Rakyat: Subjek Pendidikan Karakter bermula tahun depan - Fadhlina

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenalkan subjek Pendidikan Karakter mulai tahun hadapan, sebagai langkah memperkukuh pembentukan sahsiah dan keperibadian murid.


6. Malaysia sokong inisiatif APGF, pacu integrasi tenaga ASEAN menjelang 2045 - PM Anwar

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 menyokong penuh inisiatif Pembiayaan Grid Kuasa ASEAN (ASEAN Power Grid Financing, APGF) yang dibangunkan bersama Bank Pembangunan Asia (ADB) dan Bank Dunia.


7. [LAPOR LANGSUNG] ‘Ada darah di simen bahagian kepala Zara’ - Saksi

Mahkamah Koroner dimaklumkan bahawa terdapat kesan darah di atas simen berhampiran kepala Allahyarham Zara Qairina Mahathir ketika ditemui terbaring di hadapan blok asrama SMKA Tun Datu Mustapha pada awal pagi 16 Julai lalu.


8. Kes tikam pelajar: 'Anak saya alami 200 kesan tikaman, bukan 50' - Ibu mangsa

Ibu kepada pelajar perempuan yang dibunuh di sebuah sekolah di Bandar Utama mendedahkan terdapat kira-kira 200 kesan tikaman di badan anaknya.


9. Dari Mavi Marmara ke GSF: Kekejaman Israel lahirkan generasi perlawanan - Ashwad

Tindakan kejam rejim Zionis Israel terhadap misi bantuan kemanusiaan menuju ke Gaza tidak akan menggentarkan orang ramai sebaliknya akan melahirkan kesedaran dalam kalangan generasi muda.


10. Kibar bendera Israel termasuk perbuatan melampaui batas syarak - Mufti WP

Tindakan mengibarkan bendera Israel secara terbuka adalah dilarang kerana termasuk dalam perbuatan yang melampaui batas syarak apabila menzahirkan pengiktirafan terhadap kezaliman dan menyinggung sensitiviti umat Islam di seluruh dunia.



#berita tempatan #berita hari ini #berita dalam negara #Berita AWANI