Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 – Trump & Pemimpin Serantau Berhimpun – Sorotan, Video & Analisis – Ikuti Di Sini
MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 25/10/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 25 Oktober 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 25 Oktober 2025.


1. Malaysia komited laksana Visi ASEAN 2045, transformasi inklusif - Mohamad Hasan

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan penyempurnaan dokumen “ASEAN Vision 2045: Our Shared Future” sebagai pencapaian paling signifikan dalam Mesyuarat Ke-37 Majlis Penyelarasan ASEAN (ACC).



2. Lelaki maut ditetak bertubi-tubi, tangan dan kaki putus

Seorang bapa tunggal maut selepas dipercayai ditetak bertubi-tubi di beberapa bahagian badan sehingga menyebabkan tangan kiri dan kaki kanan putus dalam kejadian di Kampung Kok Bedollah pada Jumaat.


3. Dua beranak dibunuh: Suami dibebaskan, 3 warga Nepal termasuk suspek utama direman

Dua lelaki tempatan iaitu suami serta kenalan kepada wanita yang maut dalam kes pembunuhan tragis dua beranak di Kampung Sekolah Juru, Pulau Pinang pada 18 Oktober lalu, dibebaskan dengan jaminan pada Sabtu.


4. Trump adakan lawatan rasmi ke Malaysia dari 26-27 Okt - Wisma Putra

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dari 26 hingga 27 Okt 2025 bersempena Sidang Kemuncak ASEAN-AS ke-13 dan Sidang Kemuncak Asia Timur ke-20 atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN 2025.


5. TMJ percaya pemain warisan tidak lepas hukuman FIFA, tak setuju Setiausaha Agung FAM digantung

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, percaya Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) tidak akan berganjak dengan hukuman yang dikenakan terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain 'Malaysia Abroad' menjelang Tribunal Bola Sepak badan induk dunia itu, Jumaat depan.


6. ASEAN25: Malaysia-Afrika Selatan perkukuh hubungan dagang, fokus kerjasama EV, industri halal

Malaysia dan Afrika Selatan bersetuju memperkukuh komitmen strategik dua hala dengan memanfaatkan kekuatan masing-masing sebagai gerbang ekonomi - Malaysia sebagai pintu masuk ke ASEAN, manakala Afrika Selatan sebagai hab utama ke benua Afrika.


7. PRN Sabah: Parti lokal kekal dominan dalam GRS walau jalin kerjasama dengan PH - Joniston

Parti-parti tempatan di Sabah kekal dominan dalam pentadbiran negeri walaupun Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17).


8. ASEAN25: Malaysia sasar muktamad perjanjian dagang AS - Mohamad

Malaysia berharap rundingan perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS) dapat dimuktamadkan, sekali gus mengekalkan kelebihan eksport negara dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) ke pasaran tersebut.


9. ASEAN25: Kecam Israel seperti dunia tolak dasar aparteid - Ramaphosa

Presiden Afrika Selatan, Matamela Cyril Ramaphosa berkata, situasi yang menimpa Gaza itu adalah satu bentuk pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di depan mata dunia.


10. Hampir 6,000 mangsa banjir di utara masih berlindung di PPS

Sebanyak 5,788 mangsa banjir di Kedah, Pulau Pinang dan Perak masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) malam Sabtu.




#berita tempatan #berita pilihan #berita tumpuan #berita utama