Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 – Trump & Pemimpin Serantau Berhimpun – Sorotan, Video & Analisis – Ikuti Di Sini
MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 28/10/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 28 Oktober 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 28 Oktober 2025.


1. Berita Terkini ASEAN25: Malaysia komited perluas eksport bernilai tinggi ke China - PM Anwar

Malaysia komited memperluas eksport bernilai tinggi dalam sektor elektrik & elektronik, aeroangkasa, perubatan, tenaga boleh diperbaharui dan minyak & gas di bawah kerangka Pelan Kerjasama Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) China.



2. Albanese mulakan lawatan rasmi ke Malaysia hari ini selepas hadiri Sidang Kemuncak ASEAN

Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese akan memulakan lawatan rasmi ke Malaysia hari ini selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan, di sini.


3. Kanak-kanak lelaki empat tahun maut dilanggar MPV

Seorang kanak-kanak lelaki empat tahun maut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan ketika berbasikal berhampiran surau di Perumahan Rakyat Pak Mahat, di sini, semalam.


4. Kalendar akademik: Sesi persekolahan 2026 kembali bermula Januari

Kalendar Akademik Tahun 2026 bagi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan akan bermula pada 11 Januari hingga 31 Disember bagi negeri kumpulan A.


5. ‘Siapa kata kita menyerah dengan Amerika Syarikat?’ – PM Anwar

Perdana Menteri mengambil maklum tentang kritikan pihak tertentu yang melihat Malaysia seolah-olah ‘mengalah’ dengan Amerika Syarikat, termasuk perjanjian perdagangan kedua-dua pihak.


6. Inkues Zara Qairina: Saksi dedah guru kongsi kandungan diari, bantu alih jasad

Saksi pelajar memberitahu mahkamah, seorang guru menunjukkan kandungan salah satu diari Allahyarham Zara Qairina Mahathir melalui telefon pintar di dalam surau sekolah, selepas tragedi 16 Julai lalu.


7. Berita Terkini ASEAN25: Putrajaya akan bangkitkan insiden pelepasan suar dengan China - PM Anwar

Malaysia akan membangkitkan dengan Beijing mengenai insiden pesawat tentera China yang didakwa melepaskan suar berhampiran pesawat Australia di Laut China Selatan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


8. SPR boleh pertimbang kajian semula persempadanan selepas Mac 2026 - Kulasegaran

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh mempertimbangkan pelaksanaan kajian semula persempadanan bagi negeri-negeri Tanah Melayu, termasuk kawasan Parlimen Tebrau dan Subang selepas berakhirnya lat tempoh lapan tahun iaitu pada Mac 2026.


9. Berita Terkini ASEAN25: ASEAN anggap Timor-Leste setaraf, bukan berdasarkan kekayaan - PM Anwar

Kemasukan Timor-Leste sebagai anggota penuh ASEAN tidak harus dinilai berdasarkan tahap kemajuan atau kekayaan negara itu, sebaliknya atas dasar penghormatan terhadap kedaulatan dan maruah sesebuah negara.


10. Berita Terkini ASEAN25: Dalam ‘The Beast’, Anwar hati ke hati dengan Trump tentang Gaza, Malaysia

Kesempatan dijemput secara peribadi oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk menaiki kenderaan rasmi Cadillac One ‘The Beast’ dari Kompleks Bunga Raya ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 26 Oktober lepas, digunakan Perdana Menteri sebaik-baiknya untuk berbincang tentang dua perkara – Gaza dan Malaysia.





#berita pilihan #tempatan #ASEAN25 #Tenaga Boleh Diperbaharui