MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 November 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 November 2025.
1. Nga Kor Ming terima teguran, sedia jumpa wakil media selesai kemelut
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming menerima dengan hati terbuka teguran berhubung insiden yang berlaku ketika sidang media pra-pelancaran program pencahayaan “I Lite U” baru-baru ini.
2. PM Anwar batal lawatan kerja ke Pahang akibat masalah kesihatan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa membatalkan lawatan kerja beliau ke negeri Pahang yang dijadualkan berlangsung hari ini.
3. Rakyat Malaysia ditembak di Golok meninggal dunia, terkena lapan das tembakan
Seorang rakyat Malaysia yang parah ditembak di sebuah rumah di Sungai Golok, Thailand dilaporkan meninggal dunia pada malam Sabtu.
4. Bukan subjek baharu, pembentukan karakter murid diintegrasi di sekolah mulai 2026 - Fadhlina
KPM akan memperkenalkan pelaksanaan pembentukan karakter murid mulai 2026, dengan pendekatan bersepadu yang diintegrasikan dalam subjek pembelajaran sedia ada.
5. Nga Kor Ming mohon maaf atas kenyataan terhadap wartawan
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming hari ini memohon maaf atas kenyataannya terhadap seorang wartawan semasa sidang media di Kuala Lumpur baru-baru ini.
6. 'Saya tidak tinggalkan UMNO, kamu buang saya' - KJ
Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa beliau tidak pernah meninggalkan parti itu.
7. Lawatan negara Sultan Ibrahim ke Arab Saudi, Bahrain eratkan hubungan diplomatik Malaysia-Timur Tengah
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim akan berangkat mengadakan lawatan negara ke Arab Saudi dan Bahrain bermula esok sekali gus membuka lembaran baharu dalam usaha memperkukuh hubungan diplomatik yang telah terjalin selama 68 tahun.
8. Kerajaan terus perkasa penjaja, peniaga kecil menerusi agenda Malaysia MADANI - Anwar
Kerajaan akan terus memperkasakan komuniti penjaja dan peniaga kecil sebagai nadi utama ekonomi rakyat melalui pelbagai inisiatif pendigitalan, pembiayaan serta pembangunan kapasiti di bawah agenda Malaysia MADAN
9. Hak wartawan adalah tonggak demokrasi - MMM
Majlis Media Malaysia (MMM) menyambut baik penegasan kerajaan terhadap hak wartawan untuk mengemukakan soalan yang relevan tanpa rasa takut atau ancaman.
10. Malaysia berjaya kemudi ASEAN dengan penuh keyakinan di tengah perubahan dunia - Anwar
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025, berjaya menakhodai blok serantau itu dengan penuh keyakinan serta mengemudi rantau ini di tengah-tengah perubahan dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.