Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 November 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 November 2025.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim memulakan lawatan rasmi kedua di Afrika Selatan dengan pertemuan bersama Presiden Matamela Cyril Ramaphosa.
Menurut peguam bela tertuduh, beliau memerlukan sebulan lagi untuk melengkapkan laporan penuh mengenai keadaan mental tertuduh.
Malaysia menutup peranan sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dengan menegaskan komitmen terhadap integrasi serantau, kerjasama antarabangsa dan agenda pembangunan mampan.
Mayat seorang lelaki yang hilang selepas dihanyutkan kepala air Sungai Klang berhampiran Pintasan Saloma di ibu kota pada Isnin lalu telah ditemukan di Sungai Kandis, Shah Alam.
TH menjelaskan bahawa laporan mengenai kadar penolakan tawaran haji sebanyak 50 peratus merujuk kepada data musim haji 1446H/2025M, dan bukan musim haji akan datang.
Perdana Menteri berkata Kabinet telah membincangkan isu itu dan memutuskan tidak seharusnya ada sebarang usaha melindunginya.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada membabitkan enam negeri bermula hari ini.
Sebarang tindakan ke atas Setiausaha Politik Perdana Menteri berhubung dakwaan surat sokongan seharusnya dibuat mengikut kewajaran situasi tersebut.
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mencatat pencapaian memberangsangkan apabila program Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2025 merekodkan kutipan deposit berjumlah RM251.44 juta, sekali gus melepasi sasaran awal RM220 juta untuk tahun 2025.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merekodkan 594 kes dadah dengan nilai rampasan mencecah RM459.30 juta sejak Januari hingga Oktober lepas.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


