Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 25 November 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 25 November 2025.
Perkenan itu melibatkan beberapa akta utama yang telah diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara baru-baru ini.
Asmah kemudian dibawa menaiki ambulans ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan lanjut.
Walaupun tiada laporan rasmi diterima, KPM menyedari dakwaan yang tular di media sosial beberapa hari lepas.
Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Eric Tan Kim Loong, sekutu ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, membayar sejumlah USD2.8 bilion kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan empat anak syarikatnya.
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 22 Dis ini untuk memutuskan permohonan semakan kehakiman Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kewujudan titah adendum yang membolehkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjaranya di rumah.
Pengarang Urusan portal berita Twentytwo13, yang juga pengulas sukan tanah air, Haresh Deol mendakwa diserang dua individu yang tidak dikenali, ketika di Bangsar, Kuala Lumpur pada Selasa.
Rang Undang-Undang (RUU) Antibuli akan dibentangkan bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 1 Dis ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Politik Perdana Menteri pada hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk di kawasan terjejas banjir untuk menghadapi peperiksaan itu dengan tenang dan yakin terhadap kemampuan diri.
Dunia seni tanah air kehilangan seorang lagi bintang apabila pelakon veteran, Dharma Harun Al Rashid, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya pada kira-kira 9.10 malam tadi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


