Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 9 Disember 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 9 Disember 2025.
Pendakwah popular, Ustazah Asma’ Harun mengakui dirinya tersentuh selepas satu per satu kebaikan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin sepanjang hayatnya didedahkan orang ramai.
Seorang penganggur, Lin Chee Ming, 49, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Manjung hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga emas, bulan lalu.
Penyerang skuad B-23 negara, Haqimi Azim Rosli, berdepan ujian berat menjelang aksi menentang Vietnam apabila bapa tirinya, Shahrol Asikin Shariff, meninggal dunia disebabkan serangan angin ahmar sebentar tadi.
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Manjung di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga emas, bulan lalu.
Kementerian Pengangkutan (MOT) menafikan dakwaan bahawa kegagalan menjelaskan saman trafik akan menyebabkan pemohon kehilangan kelayakan untuk menikmati subsidi petrol BUDI95.
6. Mesyuarat Khas SPR 16 Disember, bincang tarikh PRK Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag
6. Mesyuarat Khas SPR 16 Disember, bincang tarikh PRK Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag
SPR akan mengadakan satu Mesyuarat Khas pada 16 Disember depan bagi membincangkan tarikh-tarikh penting PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag.
Projek Kota MADANI Putrajaya dan Bandar MADANI Bukit Jalil berada di landasan yang tepat dengan penerapan sepenuhnya elemen MADANI termasuk konsep sekolah vertikal dan kemudahan komuniti yang lebih bersepadu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
Kementerian Pendidikan memberi jaminan tiada mana-mana sekolah vernakular, termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) akan ditutup di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI.
Perkembangan pesat media sosial dan kebebasan bersuara dalam era digital mencabar peranan institusi kehakiman apabila wujud kecenderungan masyarakat "menghakimi" kes dalam ruang siber sebelum keputusan mahkamah dibuat.
Perbicaraan kes ahli perniagaan Albert Tei berkaitan permohonan lesen penerokaan mineral di Sabah akan bermula pada 20 hingga 24 April depan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


