[TERKINI] RM100 Bantuan SARA Dikredit 9 Februari – PM Anwar
MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 03/01/2026 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 3 Januari 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 3 Januari 2026.


1. MBSB IB jangka pertumbuhan ekonomi Malaysia 4.3 peratus pada 2026

Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka kekal sederhana pada sekitar 4.3 peratus pada 2026, berbanding anggaran pertumbuhan 4.6 peratus pada 2025 dan pengembangan 5.1 peratus pada 2024, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).



2. AKPS Rantau Panjang rekod lebih 1.78 juta pergerakan keluar masuk sepanjang 2025

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) merekodkan lebih 1.78 juta pergerakan keluar masuk individu melalui pintu sempadan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang sepanjang tahun lepas.


3. BAP perkukuh akses pendidikan, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI

Pelaksanaan Bantuan Awal Persekolahan (BAP), termasuk peluasan manfaat kepada semua pelajar tanpa mengira pendapatan, mencerminkan keutamaan kerajaan yang meletakkan pendidikan sebagai pelaburan strategik bagi menjamin akses pendidikan yang inklusif dan mampan untuk semua.


4. Letupan di Nilai: Marah, dendam bekas kekasih dipercayai punca suspek hasilkan IED

Lelaki yang disyaki terlibat dalam kes menggunakan bahan letupan di Nilai dipercayai bertindak akibat marah dan berdendam terhadap bekas teman wanitanya
.

5. 'Biar UMNO jadi pembangkang, kita rampas kembali kerajaan pada PRU16' - Akmal Saleh

Pemuda UMNO menegaskan tidak berhasrat melakukan rampasan kuasa dalam Kerajaan Perpaduan sebaliknya menggesa parti itu keluar dan menjadi pembangkang berwibawa.


6. Reformasi harus dilakukan ketika berkuasa - Anwar

Perubahan atau reformasi haruslah dilaksanakan ketika masih memegang kuasa dan bukannya ketika tidak lagi memerintah, kata Perdana Menteri.


7. MCMC siasat kemudaratan dalam talian di platform X, wakil platform akan dipanggil

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menjalankan siasatan terhadap kemudaratan dalam talian yang berlaku di platform X dan akan memanggil wakil platform berkenaan bagi mendapatkan penjelasan berhubung penyalahgunaan alat kecerdasan buatan (AI) untuk menghasilkan kandungan memudaratkan.


8. Pelancongan berkembang hasil perpaduan, keamanan negara – PM Anwar

Industri pelancongan negara terus berkembang hasil keamanan dan kestabilan negara yang diperkukuh oleh perpaduan masyarakat berbilang kaum.


9. Skuad Pemburu Ikan Asing tangkap 75,000 kg ikan bandaraya

Skuad Pemburu Ikan Asing (SPIA) Malaysia merekodkan tangkapan ikan bandaraya sebanyak kira-kira 75 tan di seluruh Semenanjung Malaysia dari penghujung 2023 hingga Disember lepas.


10. Polis tahan 10 lagi individu bantu siasatan kes bunuh di Sg Bakap

Polis menahan 10 lagi individu kerana disyaki terlibat dalam kes seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas diserang sekumpulan lelaki bertopeng yang bersenjatakan objek tajam di sebuah restoran di Sungai Bakap di sini, Selasa lepas.











#berita pilihan #tempatan #KDNK #Pemuda UMNO