MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 08/01/2026 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 8 Januari 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 8 Januari 2026.


1. PM Anwar terima ‘Order of the Republic’, penghormatan tertinggi Turkiye

Penganugerahan itu diberikan sebagai pengiktirafan terhadap usaha berterusan Malaysia memperkukuh hubungan dua hala.



2. Penerbangan Malaysia Airlines berpatah balik ke Paris susulan anomali petunjuk enjin

Pesawat itu mendarat dengan selamat pada 3.35 petang waktu tempatan di Paris.


3. Akmal Saleh beri bayangan undur diri: Zahid tegur Pemuda supaya terima kritikan

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan perselisihan pandangan dan kritikan dalam parti merupakan sebahagian daripada realiti perjuangan politik.


4. Projek Perolehan TDM: Bekas Panglima Tentera Darat direman 7 hari, 2 isteri turut direman

Mahkamah Majistret Putrajaya pada Khamis membenarkan tempoh reman selama tujuh hari terhadap seorang bekas Panglima Tentera Darat Malaysia (TDM) bermula Khamis bagi membantu siasatan berkaitan projek perolehan TDM.


5. Penjawat awam di KL, Putrajaya, dan Labuan dapat cuti gantian pada 2 Feb - JPA

Penjawat awam yang berkhidmat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan menikmati satu hari cuti gantian pada Isnin, 2 Feb, susulan pertindihan sambutan Hari Wilayah Persekutuan dan Hari Thaipusam pada Ahad, 1 Feb ini.


6. Lima kes rasuah dihadapi Shamsul Iskandar dibicarakan bersama

Kes rasuah Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin di Mahkamah Sesyen Shah Alam akan dibicarakan bersama empat lagi pertuduhan rasuah melibatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen.


7. Kes Zahid Hamidi: AGC sahkan keterangan tidak mencukupi, tiada tindakan lanjut

Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan bahawa keterangan sedia ada tidak mencukupi untuk menyokong penerusan pendakwaan terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membabitkan 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi.


8. PM harap Malaysia-Turkiye saling jadi ‘hab serantau’ untuk Asia dan Eropah

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggariskan kerangka baharu hubungan ekonomi Malaysia–Turkiye, iaitu dengan kedua-dua negara berperanan sebagai hab serantau antara satu sama lain.



9. Malaysia bebas dalam geopolitik, berkawan dengan semua, tidak tunduk pada sesiapa - PM Anwar

Malaysia akan terus mengamalkan pendekatan geopolitik bebas yang jelas, iaitu berkawan dan bekerjasama dengan semua kuasa besar dunia, tetapi tidak tunduk kepada mana-mana kuasa.



10. 'Kebenaran terbukti jua' - Ahmad Zahid

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa syukur susulan keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak meneruskan pendakwaan terhadap beliau dalam kes melibatkan 47 pertuduhan berkaitan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.












#berita pilihan #tempatan #Jabatan Peguam Negara #penjawat awam