awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas Presiden PKAVM perlu RM9,000 sebulan untuk rawatan kanser hati
Rapid Bus laksana penstrukturan semula laluan bas bermula 16 jan
Insiden ternakan berkeliaran jejas operasi tren Pantai Timur - KTMB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
10/01/2026
15:59 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 10 Januari 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 10 Januari 2026.
1. Agong berkenan tandatangan Akta Antibuli 2026
Tribunal Antibuli akan ditubuhkan sebagai suatu badan kuasi-kehakiman khusus untuk menerima, mendengar dan menentukan aduan buli yang dibuat oleh mangsa.
2. PRK Kinabatangan tiga penjuru, DUN Lamag satu lawan satu
Hari pengundian bagi kedua-dua PRK ini ditetapkan pada 24 Januari, manakala pengundian awal akan berlangsung pada 20 Januari.
3. MAIS ingatkan umat Islam tidak sertai aktiviti, tolak sebarang cubaan normalisasi budaya LGBT
MAIS memandang serius laporan media berkaitan penganjuran program yang melibatkan komuniti LGBT.
4. Fisioterapi tanpa pembedahan pilihan terbaik Tun Mahathir, pemulihan dijangka ambil masa lama
Rawatan fisioterapi tanpa pembedahan adalah pilihan terbaik bagi Tun Dr Mahathir Mohamad susulan kecederaan tulang pinggul yang dialami selepas terjatuh di kediamannya di The Mines pada 6 Januari lepas.
5. Banteras rasuah: "Akan ada 'suara' pertikai dalam setiap kes berprofil tinggi" - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu berkaitan pecah amanah masih mengakar di dalam institusi negara, meskipun perkembangan semasa dilihat memberangsangkan.
6. Sultan Selangor cadang wakil rakyat tinggal berhampiran kawasan ternak babi, alami pengalaman penduduk
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita serta tidak bersetuju dengan perancangan operasi penternakan babi di kawasan Tanjong Sepat, Kuala Langat yang dijadual bermula tahun ini sebelum dipindahkan ke Bukit Tagar pada 2030.
7. Lebih 20 jam tangan Rolex jutaan ringgit ditemui di rumah isteri kedua bekas Panglima TDM
Sejumlah RM2.2 juta aset mewah termasuk 23 jam tangan jenama Rolex disita hasil penggeledahan di kediaman isteri kedua kepada bekas Panglima Tentera Darat (PTD) di sebuah negeri di Pantai Timur, pada Sabtu.
8. Masyarakat tidak perlu bimbang kajian pelaksanaan semula UPSR, PT3 - Bekas KP Pendidikan
Masyarakat tidak perlu bimbang dengan cadangan pelaksanaan semula Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) kerana peperiksaan merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran yang telah lama menjadi amalan di sekolah.
9. Zon merah banjir: Penduduk Serian ambil langkah berjaga-jaga
Penduduk sekitar daerah Serian kini dalam keadaan berjaga-jaga susulan paras air Sungai Batang Kayan menunjukkan trend peningkatan sejak Jumaat, dengan beberapa kampung di kawasan itu diklasifikasikan sebagai zon merah bencana banjir.
10. Bekas pemain badminton negara dilepas tanpa dibebas dalam kes penipuan RM58,029
Mahkamah Sesyen Shah Alam memutuskan bekas pemain badminton negara, Robert Lin Woon Fui, 42, dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) pada 5 Januari lepas.
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#berita tempatan
#berita Malaysia
#Berita AWANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan