[TERKINI] Sistem Pendidikan Malaysia Berubah Bermula 2027: Darjah Satu Umur 6, Penilaian Murid Tahun 4 & Tingkatan 3 – Ini Perkara yang Ibu Bapa WAJIB Tahu
MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 20/01/2026 | 15:55 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 Januari 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 Januari 2026.


1. STR Fasa 1 2026 mula disalurkan kepada 5 juta penerima - PM

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 Tahun 2026 mula disalurkan melibatkan 5 juta penerima, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



2. Silap terjemah titah YDP Agong: MCMC mulakan siasatan - Fahmi

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memulakan siasatan berhubung dakwaan kesilapan terjemahan titah Yang di‑Pertuan Agong oleh sebuah portal berita susulan laporan orang awam, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.


3. PM umum pelaksanaan Penilaian Darjah 4, prasekolah mulai usia 5 tahun

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim umum pelaksanaan semula sistem penilaian murid sekolah rendah pada peringkat Darjah 4 sebagai sebahagian daripada langkah memperkukuh kualiti pendidikan negara.


4. Mata pelajaran Perlembagaan, Sejarah Malaysia wajib dalam kurikulum universiti mulai tahun ini - PM Anwar

Mata pelajaran umum yang merangkumi isu Perlembagaan dan sejarah Malaysia akan dimasukkan ke dalam kurikulum semua universiti awam serta swasta mulai tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


5. PM arah laporan proses pelaksanaan RPN 2026-2035 dikemuka mulai Mac ini

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua kementerian, jabatan dan institusi pendidikan yang berkaitan agar mengemukakan laporan proses pelaksanaan Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035 mulai Mac ini.


6. BM, Sejarah SPM diwajibkan untuk sekolah antarabangsa, agama dan UEC - PM Anwar

Semua sekolah di negara ini termasuk sekolah antarabangsa, sekolah agama serta sekolah aliran Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), diwajibkan mengambil subjek Bahasa Melayu dan Sejarah dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


7. Tingkatan 6, Matrikulasi diiktiraf sebagai pendidikan tinggi bermula 2027 - PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kementerian Pendidikan Tinggi akan mengambil alih sepenuhnya sistem pendidikan prauniversiti membabitkan Tingkatan 6 dan Matrikulasi bermula tahun depan.



8. 'Coach Cerai': Pasangan Islam perlu rujuk pihak autoriti agama dalam isu cerai - Marhamah

Segala urusan perkahwinan dan perceraian umat Islam perlu dirujuk dan ditangani oleh pihak berautoriti yang sah, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Marhamah Rosli.



9. BM, Sejarah wajib untuk pelbagai aliran bukan keputusan muktamad kemasukan ke IPTA - Zambry

Langkah mewajibkan pelajar sekolah pelbagai aliran termasuk yang menduduki Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) mengambil subjek Bahasa Melayu dan Sejarah merupakan langkah awal dan bukan keputusan muktamad bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).


10. WEF2026: Ekonomi global kekal berdaya tahan walaupun risiko meningkat, kata ahli ekonomi

Walaupun berdepan ketegangan perdagangan dan ketidaktentuan global yang semakin meningkat, ekonomi dunia menunjukkan tahap daya tahan yang lebih kukuh daripada jangkaan, menurut ahli‑ahli ekonomi dalam sesi taklimat ketua ekonomi mengenai unjuran tahun 2026.












#berita pilihan #tempatan #Bahasa Melayu #Sijil Pelajaran Malaysia